saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 31/01/2004

Keputusan pinda hukuman pesalah rogol wajar

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Keputusan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi mengenakan hukuman paling keras ke atas perogol merupakan langkah terbaik dalam menangani masalah sosial yang semakin kronik.

Pelbagai pihak melahirkan rasa lega sekiranya hukuman mati mandatori ke atas pesalah jenayah rogol yang menyebabkan kematian mangsa dapat dilaksanakan di negara ini.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Loh Seng Kok berkata, undang-undang negara harus diubah dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian arus globalisasi.

``Ini kerana undang-undang lebih berperanan untuk mencegah dan bukannya mengenakan hukuman terhadap sesuatu perbuatan jenayah.

``Yang nyata terdapat sesetengah undang-undang tidak lagi sesuai diamalkan di negara ini sekarang!'' tegasnya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, sekiranya kita menganggapnya sebagai hukuman adalah terlambat untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang menjadi buruan `binatang' itu.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah dalam kenyataannya berkata, keputusan meminda hukuman pesalah rogol merupakan tindakan wajar kerajaan dalam melindungi golongan Hawa dan kanak-kanak.

``Akhirnya usaha Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) yang selama ini tidak putus-putus mengusulkan cadangan untuk meminda undang-undang tersebut telah mendapat perhatian pihak atasan,'' ujarnya.

Bagaimanapun kata Ivy, pindaan Seksyen 376 Kanun Keseksaan memerlukan penjelasan terperinci memandangkan hukuman mati mandatori juga terkandung dalam Seksyen 302 yang dikenakan ke atas sesiapa juga yang melakukan kesalahan membunuh.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Ismail Nihat berpendapat, hukuman berat yang dicadangkan bukanlah bermakna masyarakat mahupun kerajaan tidak mempunyai sifat perikemanusiaan.

``Sebaliknya ia sebagai pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Begitu jugalah dengan hukuman sebat yang dipandang zalim tetapi ia mampu memberi kesedaran kepada pesalah dan masyarakat,'' katanya.

Tambah Ismail, manusia sebenarnya perlu diberi pengajaran untuk membuka mata mereka tentang kesilapan yang telah dilakukan.

Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataannya menyatakan, kewujudan undang-undang semata-mata tidak dapat menjamin gejala tersebut akan lenyap sepenuhnya.

``Sebaliknya, kerajaan harus mengusahakan dan mengatur inisiatif lain dalam membendung gejala tersebut,'' katanya.

Ujar Saifuddin, kerajaan harus memantau dan mewujudkan persekitaran penempatan yang selamat di kawasan bandar dan juga di kampung-kampung.

``Usaha tersebut secara tidak langsung melibatkan sistem sokongan sosial seperti Rukun Tetangga, persatuan penduduk dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung yang sedia di kawasan penempatan masing-masing,'' jelasnya.

Tambah beliau, pihak-pihak terbabit perlu diberi latihan dan pendedahan bersepadu bagi menjayakan usaha tersebut seiring dengan undang-undang yang sedia ada.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.