saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 18/02/2004

AS tidak anggap Malaysia terbabit senjata nuklear

BEIJING 17 Feb. - Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Bolton hari ini menegaskan Presiden AS, George W. Bush tidak menganggap Malaysia terlibat dalam pemindahan teknologi senjata nuklear berikutan penemuan komponen buatan Malaysia yang dipercayai hendak digunakan dalam program senjata nuklear Libya.

``Tidak timbul sama sekali dakwaan bahawa kerajaan Malaysia terlibat,'' kata Bolton dengan merujuk kepada ucapan Bush minggu lepas.

Dalam ucapan itu, Bush berkata, rangkaian yang didirikan oleh ketua saintis Pakistan, Abdul Qadeer Khan bagi memindahkan teknologi senjata, telah menggunakan sebuah syarikat Malaysia untuk membuat komponen bagi alat emparan (centrifuge).

Alat itu boleh digunakan untuk memproses semula uranium dalam pembinaan senjata nuklear.

Ia dirampas pada Oktober lalu dalam kiriman yang ditujukan ke Libya dan rampasan itu menjadi faktor utama dalam pembongkaran program nuklear Libya yang dikatakan mendapat bantuan Abdul Qadeer.

Bolton menyatakan, sungguhpun sebuah syarikat yang beribu pejabat di Malaysia menjadi sebahagian rangkaian Abdul Qadeer, firma itu sendiri mungkin tidak mengetahui peralatannya hendak digunakan dalam pembinaan senjata nuklear serta arah tujunya.

Syarikat berkenaan, Scomi Precision Engineering (Scope) telah memberitahu, pihaknya percaya komponen itu adalah untuk kegunaan dalam industri minyak dan gas serta menegaskan ia tidak mengetahui bahawa Libya merupakan destinasi akhir bahagian-bahagian terbabit.

Beliau berkata, syarikat-syarikat bereputasi baik yang menerima tempahan untuk membina alat emparan mungkin tidak tahu langsung tentang kegunaannya.

``Syarikat bereputasi, jika diberi spesifikasi... boleh mengilang peranti terbabit dan tidak mempunyai idea sama sekali tempat akhir destinasi produk berkenaan,'' jelasnya ketika ditanya mengenai kritikan Malaysia terhadap ucapan Bush minggu lepas yang menyalahkan Malaysia kerana menjual bahagian-bahagian alat emparan tersebut.

Semasa bercakap pada sidang akhbar selepas berunding dengan para pegawai China mengenai Korea Utara dan isu lain di sini, Bolton turut mencadangkan supaya AS tidak menyalahkan syarikat Scomi di atas penjualan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan siasatan dan polis tidak menemui bukti syarikat terbabit melakukan salah laku.

Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula berkata, Malaysia percaya kenyataan Bush itu `sangat mengelirukan' dan mahu menghantar bantahan kepada Kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Syed Hamid berkata, Malaysia menjadi sasaran kerana ia merupakan sebuah negara Islam.

Sementara itu, Bolton tidak menjawab pertanyaan mengenai keputusan AS baru-baru ini untuk membangunkan satu kelas baru senjata nuklear.

``AS sudah membuat keputusan yang kami tidak akan membuat ratifikasi... perjanjian itu kerana kesan sebaliknya perjanjian tersebut membabitkan keselamatan dan realiabiliti pencegahan nuklear kami.

``Ia merupakan asas keselamatan antarabangsa sejak beberapa lama,'' katanya. - Agensi

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.