saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/02/2004

MTV Asia 2004 hangat

WALAUPUN Janet Jackson tidak diundang untuk mengadakan persembahan Anugerah MTV Asia 2004 (MTVA 04) yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura Sabtu lalu, namun gaya dan aksi adik kepada Raja Pop, Michael Jackson itu tetap kelihatan.

Gaya dan aksi Janet sewaktu persembahan bersama Justin Timberlake yang mendedahkan buah dadanya kepada umum pada acara pertandingan American Football Super Bowl di Amerika Syarikat, dapat dilihat menerusi aksi penyanyi tempatan Singapura, Suzanne Walker.

Penyanyi kumpulan Zircon Gov.Pawnstarz itu yang juga merupakan penyiar di salah sebuah stesen radio Singapura, sengaja menyelak kemeja-T yang dipakainya dan menampakkan separuh daripada buah dadanya sewaktu melintasi karpet merah.

Tindakan Walker yang mencari publisiti murahan itu ternyata tidak digemari oleh peminat tempatan. Aksinya itu mendapat cemuhan daripada peminat yang rata-ratanya adalah golongan remaja.

Tidak cukup dengan itu, di dalam stadium, sewaktu acara berlangsung, gaya yang tidak sesuai dengan budaya masyarakat Asia masih lagi ditonjolkan menerusi penampilan kumpulan Pussy Cat Dolls dari Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kumpulan yang mendendangkan lagu Big Spender itu lebih senang memilih pakaian yang sering digayakan oleh penari di kelab tarian bogel. Sementara itu hos anugerah MTV, Michelle Branch yang turut bertanding dalam kategori Artis Wanita Pilihan juga memilih pakaian seksi. Branch yang bergandingan dengan Vanness Wu dari kumpulan F4, mengenakan pakaian yang mendedahkan bahagian hadapan dadanya. Kehangatan majlis ditambahkan lagi sewaktu setiap penyampai membaca nama pemenang. Jika pada acara lain, penyampai diberi sampul surat, namun pada anugerah MTV penyampai diberi sepasang seluar dalam G-String yang dilekatkan nama pemenang. Seluar dalam digunakan sebagai gimik untuk disesuaikan dengan sambutan Valentine Day. Namun sebagai penduduk Asia, peminat perlu bijak menilai mana yang baik dan buruk.

Pada Anugerah MTV Asia yang berlangsung untuk ketiga kali itu, sebanyak 19 kategori telah dicalonkan, di mana 16 kategori dipilih berdasarkan undian peminat.

Menerusi undian peminat jugalah, untuk kali ketiga berturut-turut penyanyi Siti Nurhaliza masih lagi bertakhta sebagai Artis Pilihan Malaysia. Takhta yang dimiliki oleh Siti itu sekali gus memadam impian Misha Omar, Siti Sarah, Jamal Abdillah dan Too Phat yang turut dicalonkan dalam kategori yang sama.

Siti yang berjaya mencuri perhatian lebih 7,000 penonton sewaktu mendendangkan lagu Say It Isn't So bersama penyanyi dari Britain, Gareth Gates, seperti biasa memberi ucapan ringkas sewaktu diumumkan sebagai pemenang.

``Assalamualaikum, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa, syarikat rakaman, SNP Production, pihak media dan peminat yang banyak memberi sokongan kepada saya. Semoga dirahmati Tuhan,'' katanya yang turut menjadi penyampai bersama kumpulan Simple Plan dari Kanada.

Selain Siti, seorang lagi anak tempatan yang berjaya mengangkat nama negara ialah Datuk Michelle Yeoh yang dipilih menerima Anugerah Filem Asia.

Yeoh dipilih kerana sumbangannya dalam memartabatkan filem Asia ke peringkat global. Anak kelahiran Ipoh itu juga diberi penghormatan mengumumkan penerima Anugerah Inspirasi dari rantau Asia.

Anugerah yang sebelum ini diberikan kepada kumpulan F4 dari Taiwan, kali ini menjadi milik mendiang Anita Mui yang meninggal dunia kerana barah.

Turut menerima anugerah ialah Bao yang dipilih sebagai pemenang Anugerah Stail. Bao juga dipilih sebagai pemenang Artis Pilihan Korea.

Sementara penyanyi Mariah Carey yang kehadirannya amat mengejutkan itu telah diberi Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman.

Penyanyi yang akan mengadakan konsert di sini, Jumaat ini diberi penghormatan tersebut kerana penjualan albumnya yang begitu laris di seluruh dunia.

Selain itu lagu dendangannya juga berjaya menduduki tempat pertama carta muzik. Kejayaan Mariah itu sama seperti yang dilakarkan oleh Elvis Presley.

Mariah yang menerima anugerah tersebut daripada kumpulan Blue telah tiba dari Busan, Korea Selatan dan terus berangkat ke Jakarta kerana dia akan mengadakan konsert pada hari berikutnya di Jakarta.

Kehadiran Mariah yang di luar dugaan itu juga menyamai kemenangan yang diraih oleh Gareth Gates untuk kategori antarabangsa, Artis Lelaki Pilihan.

Gates yang baru tampil dengan album sulung dan popular dengan lagu Unchained Melody itu berjaya memikat peminat di rantau Asia dengan gayanya yang tersendiri. Gates berjaya menewaskan Eminem, Robbie Williams, Ricky Martin dan Justin Timberlake yang sebelum itu dipilih sebagai Penyanyi Lelaki Terbaik menerusi Anugerah Grammy.

Majlis tersebut turut ditonton lebih 150 juta penonton di seluruh rantau Asia melalui saluran MTV.

Anugerah MTV Asia turut diserikan dengan persembahan daripada Black Eyed Peas, Liberty X, Simple Plan, Stacie Orrico, Too Phat, A*Mei, Sugarbabes, Urban Xchange dan Machi.

Majlis anugerah muzik yang berlangsung dalam suasana gemilang itu dianjurkan dengan sokongan Toyota Motor Corporation, Hewlett Packard (HP) dan Philips. Pihak UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., tempatan juga telah membawa beberapa orang pemenang dan pasangan masing-masing untuk menonton anugerah tersebut secara langsung.

Pemenang-pemenang tersebut dipilih menerusi kuiz yang dianjurkan bersama sebuah radio tempatan.

SENARAI PEMENANG ANUGERAH MTV ASIA 2004

KATEGORI ANTARABANGSA

- Artis Lelaki Pilihan: Gareth Gates

- Artis Wanita Pilihan: Christina Aguilera

- Artis Pop Pilihan: Blue

- Artis Rock Pilihan: Linkin Park

- Artis Baru Pilihan: t.A.T.u

- Video Pilihan: Somewhere I Belong (Linkin Park)

- Anugerah Filem Asia: Datuk Michelle Yeoh

- Anugerah Inspirasi: Anita Mui

- Anugerah Stail: Bao

KATEGORI ASIA

- Artis Pilihan China: Pu Shu

- Artis Pilihan Hong Kong: Sammi Cheng

- Artis Pilihan India: Abhijeet

- Artis Pilihan Indonesia: Audy

- Artis Pilihan Korea: Boa

- Artis Pilihan Malaysia: Siti Nurhaliza

- Artis Pilihan Filipina: Parokya Nl Edgar

- Artis Pilihan Singapura: Stefanie Sun

- Artis Pilihan Taiwan: A*Mei

- Artis Pilihan Thailand: Bird Thongchai Mcintyre

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.