saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/02/2004

Rhythm In Bronze - Membawa gaya baru dalam Gamelan

Rhythm In Bronze menampilkan pemuzik pelbagai kaum.


BAGI yang meminati irama gamelan pasti tidak melepaskan peluang menonton persembahan Rhythm In Bronze yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 16 dan 17 Februari lalu. Gamelan yang selama ini kita ketahui hanya dimainkan pada satu upacara tertentu sahaja kini telah berjaya menembusi tembok tersebut dengan gaya yang baru.

Di bawah sentuhan Pengarah Artistik Sunetra Fernando yang juga komposer dan pensyarah muzik di Universiti Malaya, gamelan yang dipersembahkan memberi satu kelainan.

Sunetra bersama rakan-rakannya berjaya menampilkan irama gamelan dalam bentuk persembahan kontemporari. Keberanian dan keyakinan Sunetra bersama kumpulan Rhythm In Bronze itu telah berjaya memberi nafas baru untuk mengembangkan irama gamelan di masa kini.

Menariknya mengenai Rhythm In Bronze, selain dari dianggotai kaum wanita, kumpulan ini juga menampilkan konsep multinasional. Meskipun dikenali umum bahawa gamelan sering menjadi mainan orang Melayu, namun Rhythm In Bronze turut menampilkan pemuzik kaum Cina dan India ketika mempersembahkan irama gamelan, sesuai dengan temanya Rhythm In Bronze: Wujud Antara.

Wujud Antara secara tidak langsung memberi perlambangan bahawa irama gamelan boleh dipersembahkan oleh sesiapa sahaja dan dalam apa bentuk irama sekalipun.

Sungguh mengasyikkan bila mendengar persembahan yang begitu gemalai melontarkan irama yang lembut. Sebagai pemain professional, setiap anggota Rhythm In Bronze berkebolehan memainkan semua peralatan muzik. Ini dibuktikan apabila setiap sebelum satu persembahan selesai, mereka akan bertukar peralatan muzik sebelum membuat persembahan seterusnya.

Bukan itu sahaja, kumpulan itu juga telah berjaya menampilkan pelbagai rentak lagu dan irama pada persembahan malam itu. Persembahan dimulakan dengan irama Jaya Semara ciptaan I Wayan Beratha yang disusun semula oleh I Made Arnawa khas untuk persembahan di DFP.

Menerusi irama Jaya Semara, penonton berpeluang mendengar paluan gamelan ala Bali yang dipersembahkan oleh Mohd. Kamarulbahari Hussin. Selain irama instrumental, penonton yang rata-ratanya pencinta seni dan terdiri daripada pelbagai bangsa itu juga turut dihiburkan de-

ngan lagu dendangan Juanita Ismail yang iramanya berasaskan tradisional Sunda.

Dina Jendela yang asasnya bermula dengan gamelan degung telah digubahsuai oleh Sharmini Ratnasingam mengikut kesesuaian semasa.

Selain itu penonton juga diperdengarkan dengan sajak gubahan Latiff Mohidin yang dipersembahkan dalam bentuk lagu oleh Maria Yasmin.

Pada awal persembahan, Maria berjaya mengajak penonton menghayati suaranya yang nyaring dan di waktu yang sama juga penyanyi tersebut melenturkan vokalnya menjadi mendayu. Mendengar lagu tersebut penonton seolah-olah dibuai ombak, sekejap di atas dan kemudiannya di bawah.

Persembahan gamelan yang diketengahkan dalam bentuk moden dengan gabungan pelbagai alat muzik tradisional pelbagai bangsa di negara ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa melalui muzik, kita dapat bersatu.

Turut diperdengarkan pada persembahan tersebut ialah irama dan lagu Kembang Kasturi, Saling Berpelukan, Biarkan, Malu-Malu Kucing dan Hakikat Air dan Perubahan yang menggabungkan permainan dram Shigu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.