saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/02/2004

APM 2004 - Kemenangan Siti Nurhaliza sudah diduga

Dari kiri Agnes Monica, Rosalina, Ezlynn dan Shanty menonjolkan gaya tersendiri sewaktu mengadakan persembahan di APM 2004, Jumaat lalu.


SELAGI kuasa memilih terletak di tangan peminat, maka keputusan yang bakal diperolehi sudah dapat dijangkakan. Begitulah yang terjadi setiap kali nama penyanyi terkenal Siti Nurhaliza tercalon untuk sesuatu pertandingan.

Meskipun peminat adalah juri amatur namun keputusan yang mereka buat itu bijak dan bukan berdasarkan kepada pilihan melulu semata-mata.

Menerusi acara Anugerah Planet Muzik 2004 (APM 2004) yang berlangsung di Singapore Expo Hall 3, Jumaat lalu, peminat sekali lagi membuat keputusan meletakkan Siti di tangga teratas.

Kemenangan Siti dalam APM 2004 sudah dapat diduga sejak awal lagi. Sejarah APM telah membuktikan bahawa penyanyi tersebut mempunyai rekod yang tersendiri.

Senario itu dapat dilihat sejak Anugerah Planet Muzik bermula pada 2001, Siti yang sering tercalon untuk anugerah Artis Wanita Paling Popular menguasai kategori tersebut.

Acara yang merupakan pengiktirafan muzik untuk karyawan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura itu juga terus meletakkan penyanyi dari Kuala Lipis, Pahang itu sebagai Artis Wanita Terbaik di rantau ini.

Penguasaan Siti dalam kedua-dua kategori itu sejak APM dimulakan dilihat ada rasionalnya.

Berbanding dengan penyanyi lain, Siti berjaya menguasai pasaran muzik di ketiga-tiga negara. Maka tidak hairanlah setiap kali namanya disebut, peminat akan menjerit berbanding penyanyi lain yang kurang dikenali di kalangan peminat tempatan.

Maka jika ada pihak merasakan kemenangan penyanyi yang sentiasa bersikap rendah diri itu tidak wajar, harap mereka membuat kajian dulu sebelum mencemuh.

Dalam acara yang berlangsung selama tiga jam itu, Siti yang turut menerima anugerah Lagu Paling Popular (Bukan Cinta Biasa) berkata, kehadirannya ke APM 2004 lebih ditumpukan kepada persembahan dan kemenangan yang diraih di luar jangkaan.

``Siti tak sangka akan menang dan secara ikhlas, Siti tidak menaruh apa-apa harapan kerana pada tahun ini semua artis yang dicalonkan memang hebat.

``Terutamanya untuk kategori Artis Wanita Terbaik. Siti tak sangka, Siti ingat mungkin Titi DJ dari Indonesa kerana dia memang diva dan terbaik. Jadi bila Siti dipilih, syukur alhamdulillah,'' jelasnya yang turut memperdengarkan lagu baru, Akhir Zaman sewaktu persembahan.

Seorang lagi artis tempatan yang tidak sangka akan menang ialah Anuar Zain. Penyanyi yang mempunyai ramai peminat wanita itu terus menguasai kategori Artis Lelaki Paling Popular sejak tahun lalu lagi.

Turut tercalon untuk kategori ini ialah Ajai, Chrisye, Ferhad, Glenn, Hazami, Hazrul Nizam, Iwan Falls, Jamal Abdillah dan Yusry.

Kata Anuar, kemenangannya adalah atas sokongan peminat sekalian dan sebagai balasan untuk mereka, dia berjanji akan menghasilkan album terbaik di masa akan datang.

``Sebenarnya saya tak sangka akan menang sebab tahun lepas dapat anugerah yang sama dan saya ingin ucapkan terima kasih pada peminat kerana sudi memilih saya.

``Pada saya Glenn, Ajai dan peserta lain memang bagus dan mereka juga berhak. Kemenangan ini membuatkan saya akan lebih berusaha untuk maju dan menghasilkan yang lebih baik,'' katanya penuh semangat.

Bagi Exists pula kemenangan yang diraih bagi kategori Kumpulan Paling Popular merupakan sejarah kepada mereka kerana pertama kali menang.

Menurut Ezad yang mendendangkan lagu Singkong dan Keju di pembukaan acara bersama Andy Flop Poppy, Thaqif (Singapura) dan Natasha (Indonesia), kemenangan yang diperolehi sebagai pembakar semangat untuk mereka.

``Kalau saya tahu Exists ada peluang menang sudah tentu saya bersedia dari awal. Disebabkan tidak sangkalah maka saya berada di belakang pentas, rileks. Apa pun saya bersyukur kerana ini adalah kejayaan pertama Exists dalam APM,'' katanya mewakili rakan-rakan lain.

Exists ketika ini sibuk mencari bahan untuk album baru yang dijangka akan diterbitkan pada hujung tahun ini.

Satu perkara yang paling jelas untuk kategori Artis Baru Lelaki, Wanita dan Kumpulan Terbaik semuanya didominasi oleh artis Indonesia. Marcell yang popular dengan lagu Hanya Memuji berduet dengan Shanty, memenangi kategori Artis Baru Lelaki Terbaik.

Walaupun Agnes Monica belum menyerlah bagi peminat tempatan, namun penyanyi yang juga pelakon drama yang mempunyai vokal yang mantap memenangi kategori Artis Baru Wanita Terbaik. Sementara itu, bagi kategori Kumpulan Baru Terbaik dimenangi oleh Utopia. Ketiga-tiga artis tersebut mempunyai keistimewaan tersendiri.

Ternyata anugerah yang dianjurkan oleh Mediacorp Radio RIA dan Warna dengan kerjasama Beond DDB (M) Sdn. Bhd. itu lebih dikuasai oleh artis Malaysia dan Indonesia.

Artis tuan rumah hanya menonjol untuk kategori yang dipertandingkan bagi peringkat Singapura sahaja. Itupun hanya dikuasai oleh Ferhad.

Ferhad, penyanyi yang mencipta nama di Malaysia itu berjaya memperoleh anugerah untuk kategori Artis Solo Terbaik, Lagu Terbaik dan Album Terbaik Singapura.

Saingan terdekat Ferhad dalam ketiga-tiga kategori itu ialah Hazrul Nizam yang gaya nyanyiannya seperti Rem.

Sementara itu Chrisye dari Singapura dipilih sebagai penerima Anugerah Khas APM 2004 kerana sumbangannya dalam menyemarakkan industri muzik di Indonesia.

Artis Indonesia lain yang berjaya memenangi anugerah ialah Padi (Album Terbaik - Save My Soul dan Kumpulan Terbaik), Iwan Fals (Artis Lelaki Terbaik) dan Ari Lasso (Lagu Terbaik - Rahasia Perempuan, ciptaan Ahmad Dhani dari kumpulan Dewa).

Meskipun majlis yang diacarakan oleh Aznil Nawawi (Malaysia), Shanty (Indonesia) dan Adi Rahman serta Ab. Shake (Singapura) itu berjaya mengumpul penggiat seni dari tiga negara, namun ada yang berpendapat acara yang dipersembahkan pada malam berprestij itu terlalu lama.

Antara artis yang menjayakan persembahan ialah Liza Hanim, Erra Fazira, Yusry, Yasin, Waheeda, Glenn, Audy dan Rosalina.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.