saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/02/2004

Azam Selangor banteras curi pasir


Kegiatan mencuri pasir di Selangor yang membabitkan tanah kerajaan bukanlah suatu perkara baru.

Sebaliknya ia difahamkan telah berlaku sejak sekian lama.

Seperti juga masalah menangani mesin judi video haram, tonto, gengsterisme dan masalah sosial lain, kegiatan mencuri pasir kini diberi perhatian utama oleh kerajaan Selangor.

Malah, usaha membanteras kegiatan mencuri pasir di Selangor dianggap sesuatu yang rumit.

Sebelum ini memang kerajaan negeri ada mengeluarkan lesen kepada pihak pengusaha yang membenarkan mereka mengeluarkan pasir di sungai-sungai di atas tanah kerajaan.

Bagaimanapun, terdapat antara lesen itu disalahgunakan di mana pengusaha terbabit bertindak mengeluarkan pasir melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan.

Dengan kata lain, jumlah pasir yang dikeluarkan tidak mengikut kebenaran dari lesen yang dikeluarkan itu.

Akibatnya, berlaku kerosakan ekologi pada tanah dan alam sekitar.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga tidak menghalang pengeluaran pasir di tanah-tanah milik persendirian.

Ini kerana ia menjadi hak pihak persendirian itu untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, dalam menangani kegiatan mencuri pasir di tanah kerajaan ini, pelbagai usaha telah dilakukan.

Namun, masalah tersebut masih juga berlaku. Ia seolah-olah menunjukkan bahawa pihak terlibat langsung tidak gentar dengan penguatkuasaan yang dilakukan.

Walaupun tindakan demi tindakan dan penguatkuasaan demi penguatkuasaan, namun kegiatan itu masih berterusan.

Kini timbul persoalan, di mana silapnya dalam penguatkuasaan tersebut hinggakan pihak terbabit tidak gentar terhadap pihak berkuasa.

Kelemahan

Apakah terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan itu sendiri atau kegiatan mencuri pasir itu mendapat `sokongan' pihak tertentu yang selama ini berada di belakang tabir.

Apa pun jua persoalan yang timbul, kegiatan mencuri pasir ini diakui mendatangkan habuan yang lumayan kepada mereka yang terbabit. Pada masa yang sama, kerajaan negeri pula mengalami kerugian yang amat besar.

Dianggarkan kerajaan Selangor mengalami kerugian kira-kira RM5 juta setiap bulan akibat kegiatan berkenaan.

Jika ini benar, ditambah pula kegiatan itu telah berlaku sejak bertahun-tahun lalu, maka bayangkan berapa jumlah sebenar kerugian yang dialami kerajaan Selangor hingga kini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika diminta mengulas perkara ini berkata, usaha menangani kegiatan mencuri pasir itu memerlukan kerjasama dari agensi-agensi terbabit seperti polis, pejabat daerah dan tanah dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Namun katanya, yang lebih penting ialah kerjasama dan maklumat dari penduduk setempat melibatkan ketua kampung dan ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) sendiri.

Jika tiada kerjasama dan persefahaman antara setiap agensi terbabit mahupun penduduk tempatan, maka kegiatan mencuri pasir ini pasti sukar dibanteras sepenuhnya.

Akhirnya, kegiatan mencuri pasir akan tetap berlaku. Semuanya adalah kerana tiada kerjasama, sikap prihatin selain habuan yang diperoleh pihak terlibat amat besar.

Disebabkan mementingkan habuan, tidak hairanlah ada pihak yang sanggup mengetepikan soal kepentingan negeri dan masa depan rakyat keseluruhannya.

Mohamad Khir pada Ogos tahun lalu pernah mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menangani kegiatan mencuri pasir di tanah kerajaan.

Pasukan khas berkenaan diberi tempoh selama tiga bulan untuk membanteras kegiatan mencuri pasir antaranya di Kuala Langat, Gombak, Kuala Selangor dan Sepang.

Bagaimanapun, setelah lebih lima bulan berlalu, kegiatan mencuri pasir itu masih juga berlaku.

Apabila ada operasi dijalankan, kegiatan mengeluarkan pasir melebih had itu segera berhenti, itu pun untuk seketika sebelum ia kembali semula.

Kerajaan Selangor kemudian melancarkan Ops Mesin yang diketuai oleh anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Iskandar dalam membanteras kegiatan tersebut. Hasilnya banyak mesin dan jentera yang digunakan dalam kegiatan mengorek pasir dirampas dan disita.

Jumlahnya bukan sedikit, malah berjuta-juta ringgit.

Bagaimanapun, kegembiraan dalam menangani kegiatan mencuri pasir dan merampas sejumlah besar mesin serta jentera itu hanya seketika.

Ini kerana sebahagian besar mesin dan jentera itu akhirnya dilarikan semula oleh pihak terlibat.

Hingga kini kehilangan mesin dan jentera itu menimbulkan tanda tanya. Ke mana menghilangnya peralatan bernilai berjuta-juta ringgit itu. Kenapa masih belum ditemui.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.