saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/03/2004

Plaza Tol Senai akhiri operasi

JOHOR BAHARU 29 Feb. - Plaza tol Senai bagi laluan Johor Baharu-Senai sejauh 27.5 kilometer akan menghentikan operasi kutipan tolnya tengah malam ini selepas beroperasi selama lebih 15 tahun.

Penutupan itu menyebabkan kerajaan terpaksa membayar RM331.68 juta sebagai pampasan kepada syarikat pemegang konsesi, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, walaupun terpaksa membayar pampasan kerugian sebesar itu selaras dengan peruntukan di bawah perjanjian konsesi, kerajaan sedia berkorban demi menjaga kepentingan orang ramai.

Samy Vellu berkata, sejak 1997 hingga pertengahan tahun 2003, kerajaan telah menerima banyak rayuan daripada masyarakat tempatan, badan-badan bukan Kerajaan termasuk parti-parti politik yang meminta kutipan tol itu dihapuskan.

``Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri juga telah menerima rayuan itu semasa dalam lawatannya ke Negeri Johor,'' katanya pada majlis penutupan Plaza Tol Senai, malam ini.

Menurut Samy Vellu, sebelum sebarang keputusan dibuat, rayuan dan desakan itu perlu dikaji dengan teliti. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.