saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/03/2004

Buli - Pengalaman Afdlin Shauki

BULI bukan setakat filem pertama arahan Afdlin Shauki, 33, tetapi menerusi filem terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) itu dia turut berlakon dan menjadi penulis skrip.

Malah, Afdlin juga mengadaptasikan pengalamannya sendiri melalui watak Nordin dalam skrip Buli hasil karyanya itu.

``Semasa kecil dulu, saya pernah mengalami masalah rendah diri. Masalah itu menyebabkan saya selalu merasa terlalu kecil berbanding orang lain.

``Saya rasa, ramai orang yang pernah mengalami masalah itu. Apabila adanya rasa rendah diri, seseorang itu sukar untuk berdepan dengan keadaan.

``Setakat ini saya belum pernah kena buli lagi. Sewaktu di sekolah dulu saya selalu jadi `pak lawak'.

``Saya seakan menjadi penghibur kepada kawan-kawan saya ketika itu. Saya dapat tahu tentang kes buli daripada kawan-kawan saya yang pernah tinggal di hostel,'' kata Afdlin sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya selepas pratonton Buli di ibu negara baru-baru ini.

Menurut Afdlin, dia menulis skrip Buli ketika mengikuti kursus penulisan skrip di National Film School di London, United Kingdom (UK) pada 1996.

Selain itu, Afdlin juga mendapat ilham sebelum menjadikan Buli sebuah filem, ketika mengikuti kursus kepimpinan kira-kira tiga tahun lalu.

``Ketika kursus itu, saya diwajibkan antaranya melawat rumah anak-anak yatim, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada setiap Rabu.

``Melalui program itu saya berdampingan dengan para pesakit dan saya juga cuba memahami masalah yang mereka tanggung.

``Pengalaman itu sedikit sebanyak menyebabkan saya lebih mengenali diri saya sendiri.

``Itu adalah antara mesej yang saya turut selitkan dalam Buli,'' ujar Afdlin lagi yang turut ditemani isterinya, Maria Christina pada majlis tersebut.

Tambah Afdlin, selepas Buli, dia mempunyai sebuah lagi skrip karyanya berjudul Cilok yang bakal diangkat ke layar perak tidak lama lagi.

Buli mengisahkan Nordin (lakonan Afdlin), seorang eksekutif syarikat komputer yang merasa rendah diri kerana saiz badannya yang gemuk.

Sejak dari kecil, Nordin selalu dibuli oleh rakan-rakannya terutamanya Roy.

Apabila dewasa, Nordin dan Roy kebetulan bekerja di tempat kerja yang sama. Namun, Roy terus mengambil kesempatan terhadap Nordin.

Bagaimanapun, perjalanan hidup Nordin berubah apabila dia ditemukan dengan Dr. Ika (lakonan Nasha Aziz) yang banyak memberi perangsang bagi mengatasi masalahnya itu.

Selain sendat dengan unsur komedi situasi yang mengiburkan, Buli hasil idea Afdlin juga mampu untuk memotivasikan para penonton agar tidak menjadi mangsa buli.

Selain Afdlin Shauki, turut berlakon dalam filem ini ialah Hans Issac, Ako Mustapha, Nasha Aziz, Patrick Teoh, Sharifah Shahira, Hattan, Kartina Aziz dan Din Beramboi.

Buli akan ditayangkan serentak di 35 pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei mulai 11 Mac ini.

Pada majlis itu, GBSB mengambil kesempatan menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang utama kuiz filem Lang Buana.

Hadiah pertama berupa wang tunai RM5,000 dan dua hari satu malam penginapan di Awana Kijal untuk empat orang dimenangi oleh Norfaizah Paimin.

Muhammad Hafiz Ibrahim memenangi tempat kedua berupa wang tunai RM3,000 dan penginapan 1 malam di Hotel Legend, Kuala Lumpur (KL) untuk empat orang.

Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh Zuraini Abdullah yang mendapat wang tunai RM2,000 dan empat baucar makan di Hotel Legend, KL.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Besar GBSB, Ahmad Puad Onah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.