saya nak baca ..

SASTERA


ARKIB : 01/03/2004

Pemuisi -- Johor ketandusan

TIDAK dinafikan bahawa Johor merupakan antara negeri yang berjaya melahirkan beberapa nama dalam bidang penulisan, khususnya puisi yang bersaing dengan rakan-rakan pada peringkat nasional.

Malah Sasterawan Negara, Usman Awang lebih dikenali kerana kehebatan puisi-puisi selain beberapa naskhah teater sehingga berjaya mengangkatnya antara penyair besar negara.

Bagaimanapun kecemerlangan beliau masih membayangi kemunculan bakat-bakat baru dan muda negeri tersebut dalam mewarnai persada penulisan puisi tanah air dengan berbekalkan beberapa nama seperti Anis Sabirin, M. Hanafiah Samad, Zam Ismail, Shapiai Mohd. Ramly, Kassim Mahmud, Gunawan Mahmood, Nazim Mohd. Subari, Shamsuddin Othman, Kamaluddin Mohd. Tahir dan Hasidah Disan.

Ketua Dua Persatuan Penulis Johor, Amiruddin Md. Ali Hanafiah dalam kertas bertajuk Tumbuh dalam Tandus, Subur dalam Gersang mendakwa ketandusan tersebut dapat dilihat melalui kurangnya penerbitan antologi bersama.

Menurutnya, di sebalik keterampilan beberapa nama penulis Johor di arena puisi kebangsaan negeri tersebut masih kekurangan antologi puisi perseorangan dan juga tandus kejayaan memenangi Hadiah Sastera Malaysia sama ada kategori eceran atau berkumpulan untuk puisi dan juga Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.

``Dalam teks komponen sastera Melayu (Komsas), hanya dua puisi sahaja karya penulis Johor yang dimuatkan dari 30 karya iaitu Gunawan Mahmood dan Zam Ismail. Manakala bagi teks Kesusasteraan Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia, hanya karya Nazim Mohd. Subari yang terpilih,'' katanya pada Dialog Penyair Selatan di Muar, baru-baru ini.

Dialog tersebut dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Selatan, Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) dan PPJ.

Sementara itu Pegawai DBP Wilayah Selatan, Rusdi Abdul Rahman berkata, pelbagai program pengembangan, pembinaan dan apresiasi telah dan akan diadakan bagi menggerakkan puisi di Johor dan Melaka.

Menurut beliau, antara program yang bakal dilaksanakan ialah Bengkel Karyawan Puisi Johor ke-2, Bicara Karya, Kursus Tunas Muda Sastera Melaka, Pertandingan Lagu Puisi Berkumpulan, Festival Puisi Selatan, Hadiah Tongkat Warrant dan kegiatan sastera di sektor industri.

Tambahnya, badan berkanun itu juga berhasrat mengangkat kembali puisi tradisional rakyat seperti syair, gurindam, seloka dan nazam yang merupakan sebahagian daripada program sastera `rakan mesra sastera'.

``Perancangan program yang lebih teratur serta hala tuju yang lebih jelas dalam mengembangkan dan meningkatkan bidang puisi khasnya di Johor dan Melaka akan dilaksanakan berdasarkan kepada persefahaman dan pengalaman yang telah dibina antara DBP Wilayah Selatan dengan persatuan penulis, jabatan kerajaan serta organisasi lain,'' katanya semasa membentangkan kertas kerja DBP Wilayah Selatan dalam Pengembangan Puisi Kebangsaan di Johor dan Melaka.

Sementara itu Pengerusi Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, institut itu akan bekerjasama dengan DBP Wilayah Selatan dalam usaha melahirkan lebih ramai generasi pelapis.

Beliau menjelaskan, antara kegiatan yang telah dirancang termasuklah mengadakan projek anak angkat penulis yang berusia 12 tahun untuk tujuan melatih dan memberikan latihan selama tiga tiga tahun.

Menurutnya, usaha itu dilakukan kerana ramai penulis di negeri tersebut tidak menghasilkan puisi secara konsisten, terarah dan terancang walaupun pernah mengikuti bengkel penulisan puisi dan karya mendapat tempat dalam media cetak dan juga beberapa antologi.

``Adalah menjadi harapan kita agar satu perhimpunan atau pertemuan penulis-penulis Melaka semua peringkat dapat dipertemukan pada tahun 2004 bagi memberikan inspirasi generasi baru Melaka untuk berkenalan dan melahirkan antologi puisi anak Melaka,'' jelas beliau semasa membentangkan kertas kerja Perkembangan Karya dan Kegiatan Puisi Negeri Melaka Awal Tahun 1990-an Hingga Kini.

Setiausaha Dua PPPBM, Ruzaini Yahya berkata, daerah Muar memainkan peranan tersendiri dalam perkembangan puisi di Johor.

Katanya, beberapa orang pemuisi dari daerah itu berjaya mewarnai perkembangan puisi di Johor dan kebangsaan dengan menghasilkan karya yang tersiar di media cetak tempatan.

Beliau memberitahu, antara nama yang sering bersaing dengan pemuisi negara ini termasuklah Ehsan Jamily, S.M. Salim dan Rajiee Hadi.

Sementara itu tambahnya, pada peringkat awal perkembangan puisi di Muar, daerah itu boleh berbangga dengan sumbangan oleh Jaafar Muhammad (Jymy Asmara) dan Embong Yahya (Ngumba).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.