saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/03/2004

Elegan, skuter terbaru 150cc keluaran Modenas

MOHD. SALEH Sulong bersama (dari kiri) Nik Danial Nik Mahmood, Rashid Din, Mohd. Nor Mohamad dan Huang Ching Yu menunjukkan isyarat bagus pada majlis pelancaran skuter baru nasional, Elegan, di Shah Alam, semalam. - Gambar HALIM KHALID.


SHAH ALAM 29 Feb. - Pengerusi DRB-Hicom, Tan Sri Mohd. Saleh Sulong hari ini melancarkan skuter terbaru keluaran Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), iaitu `Modenas Elegan'.

Skuter empat lejang yang dilengkapi dengan kuasa enjin 150cc itu tampil dengan gaya yang cukup elegan dan menawan sesuai dengan nama model itu sendiri.

Selain dilengkapi dengan ciri-ciri moden, ia menjanjikan keselesaan yang maksimum walaupun untuk pemanduan yang jauh di samping menyediakan kemudahan penyimpanan barang yang luas dengan kapasiti 40 liter.

Elegan merupakan model ketujuh keluaran Modenas sejak ia mula beroperasi pada tahun 1996 serta yang keempat bagi segmen skuter selepas model pertama `Karisma' dilancarkan pada Januari tahun lalu.

Bagi model ini, pembuatan dan pembangunan teknologinya dibangunkan secara usaha sama antara Modenas dan Sanyang Industry Company Limited iaitu pengeluar terbesar motosikal dan skuter di Taiwan.

Model terbaru ini dianggap sebagai antara yang terbaik di dalam kelasnya, tambahan pula dari segi prestasi ia mampu mencecah tahap kelajuan 130 kilometer sejam.

Di samping itu, papan paparan skuter ini dilengkapi dengan odometer, termometer, serta jam yang semuanya menggunakan teknologi digital.

Elegan yang bakal berada di pasaran mulai esok dijual dengan harga RM6,698.00 dan yang lebih menariknya, pihak Modenas menawarkan potongan sebanyak RM400 bagi 2,000 unit pertama.

Ia boleh didapati di dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu merah dan perak.

Syarikat pengedar Modenas, Edaran Modenas Sdn. Bhd. (Emos), menjangka dapat menjual sekitar 6,000 hingga 8,000 unit Elegan sepanjang tahun ini.

Kejayaan skuter keluaran Modenas sebelum ini iaitu Karisma, Elit dan Ceria telah terbukti apabila berjaya menguasai pasaran sehingga 60 peratus pada suku akhir 2003.

Walaupun persaingan begitu kompetitif, namun skuter keluaran Modenas dijangka terus menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana menjanjikan kualiti yang tinggi dan bukan hanya semata-mata harga yang rendah.

Sementara itu, Mohd. Saleh dalam sidang akhbar di majlis itu berkata, kilang Modenas di Gurun, Kedah dijangka mengeluarkan motosikal dan skuternya yang ke sejuta pada 2006.

Beliau berkata, keyakinan ini adalah berdasarkan permintaan model yang sedia ada di pasaran tempatan serta ditambah dengan pengenalan beberapa lagi model baru tahun ini.

Menurutnya, sehingga Februari tahun ini pihaknya telah berjaya mengeluarkan sebanyak 710,000 buah motosikal dan skuter sejak mula beroperasi sembilan tahun lalu.

``Walaupun jumlah tersebut boleh dianggap besar namun ia masih lagi belum dapat memenuhi permintaan pasaran tempatan khususnya bagi sesetengah model.

``Keadaan ini menyebabkan kita terpaksa mengehadkan kuantiti eksport bagi memenuhi permintaan dalam negeri,'' katanya.

Turut hadir Naib Pengerusi Sanyang Industry Company Limited, Huang Ching Yu, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Modenas, Datuk Mohd. Nor Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Datuk Rashid Din dan Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Modenas Sdn. Bhd. (Emos), Nik Danial Nik Mahmood.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.