saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/03/2004

Penduduk gembira Tol Senai ditutup

JOHOR BAHRU 1 Mac - Majlis Penutupan Plaza Tol Senai dekat sini malam tadi disambut dalam suasana penuh meriah oleh lebih 5,000 penduduk setempat selepas Menteri Kerja Raya, Datuk seri S. Samy Vellu mengumumkan kutipan tol di laluan berkenaan berakhir pada pukul 12.01 pagi.

Menurut Samy Vellu, penutupan tol berkenaan dilakukan kerana kerajaan telah menerima banyak rayuan daripada pelbagai peringkat masyarakat tempatan, badan-badan bukan kerajaan termasuk parti politik yang meminta supaya kutipan tol dihapuskan.

``Setiap rayuan dan desakan itu telah dikaji dengan teliti kerana ia melibatkan implikasi undang-undang serta kesan kewangan kepada kerajaan.

``Setelah menimbang dengan teliti pelbagai implikasi kepada masyarakat dan kerajaan, mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Februari lepas bersetuju pungutan tol di Plaza Tol Senai dihapuskan,'' katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Plaza Tol Senai di sini tengah malam tadi.

Plaza tol itu kemudiannya ditutup dengan rasmi pada pukul 12.01 awal pagi tadi setelah beroperasi sejak 1988.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiuasaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Izzuddin Dali; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Ir. Zaini Omar; Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ali Bahari dan Naib Pengerusi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Expressway Berhad, Datuk Wahid Omar.

Ekoran penutupan tol tersebut Samy Vellu memberitahu, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada PLUS sebanyak RM331.68 juta selaras dengan peruntukan di bawah perjanjian konsesi.

``Walaupun terpaksa membayar pampasan yang besar, kerajaan sedia berkorban demi menjaga kepentingan penduduk khususnya mereka yang terpaksa menggunakan jalan ini setiap masa.

``Urusan penyelenggaraan lebuh raya berkenaan selepas ini akan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya dan saya berharap pihak berkenaan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memastikan jalan ini diselenggara dengan sempurna untuk keselesaan pengguna,'' ujar beliau.

Sementara itu beliau memberitahu, penutupan Plaza Tol Senai bukanlah satu-satunya lebuh raya bertol yang ditamatkan oleh kerajaan, kerana ia telah melibatkan plaza tol di Jalan Kuching dan Jalan Cheras di Kuala Lumpur.

Selain itu, kutipan tol di Jalan Pahang juga akan dihentikan pada 31 Mac ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.