saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 05/03/2004

Misi `hidup atau mati' pembangkang di Negeri Sembilan

SEREMBAN - Selain Johor, Negeri Sembilan merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan kesemua tujuh kerusi Parlimen dan 32 Dewan Undangan negeri (DUN) menjadi milik parti pemerintah.

Dengan sebab itu juga, parti pembangkang terus bertekad untuk memecah monopoli tersebut dengan harapan kegemilangan mereka masa lalu menjelma kembali pada pilihan raya ke-11 ini.

Negeri beradat ini pernah menjadi kubu DAP dan nama seperti Hu Sepang dan Dr. Chen Man Hin begitu sinonim kepada masyarakat bandar pada era 1980-an.

DAP pernah memenangi dua kerusi Parlimen pada pilihan raya 1986 tetapi gagal mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Begitu juga, parti pembangkang itu memenangi empat kerusi DUN pada pilihan raya umum 1986 dan 1990 tetapi menurun kepada dua kerusi DUN pada 1995.

Bagaimanapun, setahun kemudian, dua wakil rakyatnya Datuk Lee Yuen Fong (Temiang) dan Yip Chee Keong (Lobak) menyertai MCA.

Pada pilihan raya pada alaf baru ini, DAP dan Pas nampaknya begitu bersungguh-sungguh untuk `mencipta' kemenangan dan dilihat cuba meletakkan `jaguh' dan `tokoh veteran' tertentu agar tidak memberi kemenangan mudah kepada BN.

DAP dikatakan akan meletakkan Setiausaha Agung parti itu, Kerk Kim Hock untuk bertanding di Lukut manakala Pas membariskan beberapa bekas pegawai tentera untuk `bertapak' di negeri ini.

Tindakan parti pembangkang itu merupakan satu cabaran kepada BN yang diterajui oleh Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, tetapi beliau sudah masak dan berpengalaman dalam menangani apa juga taktik mereka.

Malah, Menteri Besar memberitahu, BN di negeri ini sudah cukup bersedia untuk berhadapan dengan pembangkang sekali gus mencipta kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang.

Keyakinan ini lahir berikutan persiapan jentera pilihan raya parti-parti komponen BN yang telah mengerakkan jentera masing-masing bagi memastikan rekod kemenangan besar yang dicapai pada pilihan raya umum lalu terus dikekalkan.

``Parti pembangkang kali ini juga ketandusan isu-isu besar berbanding pilihan raya lalu.

``Dulu ada isu Anwar (Ibrahim), sekarang mereka (pembangkang) sudah tidak ada isu yang boleh memecah-belah dan mengelirukan rakyat,'' katanya baru-baru ini.

Perkara ini disokong oleh Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMN0, Datuk Zakaria Nordin yang menyifatkan tindakan parti pembangkang itu sebagai satu misi `hidup atau mati'.

``Mereka (pembangkang) terpaksa meletakkan calon-calonnya yang dianggap `tokoh yang kuat' kerana mahu memberi semangat kepada para penyokong dan pengundi mereka.

``Seperkara lagi, mereka terpaksa berbuat demikian bagi meraih simpati daripada para pengundi di negeri ini,'' katanya baru-baru ini.

Bagaimanapun, jelas Zakaria yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), BN tidak akan memberi ruang kepada mereka untuk `menduduki' kerusi Parlimen dan DUN yang kini menjadi milik BN.

Beliau yakin kematangan rakyat yang mahukan pembangunan di negeri ini terus rancak, mereka akan menolak parti pembangkang yang sebelum ini terbukti gagal memainkan peranan untuk kesejahteraan rakyat.

Ditanya strategi Pas yang dipercayai akan meletakkan calon-calonnya di kalangan bekas pegawai tentera pada pilihan raya alaf baru ini, katanya, tindakan itu sebagai satu perbuatan yang menikam kerajaan dari belakang.

Menurut Zakaria, ini kerana mereka yang pernah memegang jawatan tinggi dalam kerajaan adalah antara mereka yang memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan membuat sesuatu dasar terutama aspek keselamatan.

Mengenai hasrat seorang tokoh DAP untuk bertanding di Lukut juga menimbulkan pelbagai persoalan kerana pemimpin kanan parti itu bukannya orang tempatan.

Kemungkinan juga, parti pembangkang ini hanya mahu menjadi jaguh setempat dengan terus memainkan isu Japanese Encephalitis (JE) untuk meraih sokongan.

Seperti mana kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lukut, Datuk Dr. Yeow Chai Thiam, Kerajaan Pusat sudah memberi pampasan kira-kira RM200 juta kepada mereka yang terbabit.

``Ini sepatutnya tidak lagi timbul kerana tindakan kerajaan tidak membenarkan ternakan babi di kawasan yang sedia ada adalah untuk keselamatan orang ramai,'' katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Malah, katanya, kerajaan sudah membenarkan kegiatan itu dijalankan semula tetapi hanya di kawasan ternakan babi yang dikhaskan sahaja dengan penyediaan kolam-kolam kumbahan dan sistem yang lebih moden.

Sama ada rekod kecemerlangan BN di Negeri Sembilan berjaya dikekalkan atau sebaliknya kini terletak kepada tangan para pengundi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.