saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 13/03/2004

Syed Razlan biasa makan, tidur dengan petani di kampung

Syed Razlan.


KANGAR 12 Mac - ``Saya pernah dimandikan dengan tahi lembu serta biasa makan dan tidur dengan petani di kampung,'' kata adinda kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Arau atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ke-11 ini.

Sebagai rakyat biasa yang pernah menjadi pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar 1980-an, Syed Razlan yakin tidak ada jurang yang membezakan antara dirinya dari golongan istana dan rakyat biasa terutama petani di Parlimen Arau.

Tegasnya, hubungannya dengan golongan petani dan nelayan amat rapat sekali berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang pertanian di negeri ini.

``Saya adalah rakyat biasa dan tidak mempunyai apa-apa kekebalan serta berhak bertanding dalam pilihan raya,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Syed Razlan dicalonkan mempertahankan kerusi Parlimen Arau yang dicabar oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Dr. Harun Din pada pilihan raya kali ini.

Syed Razlan merupakan anak kelapan daripada 10 adik beradik dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai putera sulung kepada almarhum Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Pembabitannya dalam politik bermula sejak tahun 1980-an apabila beliau dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian Arau sebelum dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda bahagian itu.

Kini beliau masih memegang jawatan AJK UMNO bahagian itu dan bergiat aktif dalam politik terutama di Arau.

Dari segi kerjayanya, Syed Razlan merupakan ahli perniagaan yang terlibat dalam bidang pertanian selain pernah menjadi pensyarah dalam jurusan yang sama di UPM sekitar tahun 1980-an.

Syed Razlan memberitahu, beliau mengetahui secara sah akan bertanding di Parlimen Arau pada pukul 1.30 petang semalam ketika berada di Bintulu, Sarawak atas urusan perniagaannya.

Yang di-Pertuan Agong juga, katanya, tidak membantah sebaliknya menyerahkan keputusan untuk bertanding itu kepadanya.

``Saya tidak menyangka dipilih sebagai calon dan menganggap ini sebagai satu kepercayaan daripada pucuk pimpinan,'' katanya.

Beliau berjanji akan menggunakan segala kepakarannya dalam pertanian untuk memajukan lagi sektor itu sekali gus meningkatkan taraf hidup petani di Arau.

Mengulas lawan yang bakal ditandinginya, Syed Razlan menghormati keperibadian Harun apatah lagi keluarga Ketua Penerangan Pas Pusat itu mempunyai hubungan rapat dengan pihak istana.

``Saya menghormatinya sebagai seorang tokoh agama dan berharap pertandingan ini adalah bersih daripada sebarang bentuk serangan peribadi,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.