saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/03/2004

Mangsa nahas Piper minum air jeram tanpa makanan tiga hari

KUALA LUMPUR 17 Mac - Mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat Piper 28 di Genting Bidai Jumaat lepas, Nazarullah Mohd. Sultan, 31, terpaksa meminum air jeram selama tiga hari tanpa sebarang makanan untuk menyambung hidup.

Selepas pesawat itu terhempas, beliau terpaksa berjalan dengan sebelah kaki dan tangan yang patah untuk mencari anak sungai bagi mendapatkan air dan jalan keluar.

``Dalam masa tiga hari itu saya tidak berasa lapar tetapi kerap dahaga yang amat sangat.

``Saya tidak percaya masih hidup. Saya rasa seolah-olah satu keajaiban berlaku,'' katanya ketika ditemui di Wad Ortopedik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Nazarullah dan kapten pesawat, Nasir Ma Lee, 60, dalam penerbangan dari Sungai Besi ke Kota Bharu, Kelantan.

Pesawat itu bagaimanapun terhempas di Genting Bidai berhampiran hutan simpan sempadan Selangor-Pahang.

Nazarullah berjaya diselamatkan kelmarin manakala Nasir ditemui mati kira-kira 300 meter dari tempat nahas.

Nazarullah memberitahu, semasa pesawat terhempas, beliau sempat melompat keluar untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, katanya, juruterbang pesawat, Allahyarham Nasir terperangkap dalam kokpit.

``Saya bangun dan menarik Nasir keluar dari kokpit tetapi kemudian saya jatuh dan tidak sedarkan diri. Setengah jam selepas itu saya terdengar bunyi satu letupan yang kuat.

``Tiba-tiba saya terdengar Nasir menjerit memanggil nama saya berkali-kali,'' katanya.

Nazarullah yang bekerja sebagai juruterbang persendirian berkata, beliau pergi mendapatkan Nasir yang berada berhampiran bangkai pesawat itu.

``Pada ketika itu saya lihat hampir 40 peratus badan Nasir terbakar tetapi Allahyarham masih sedarkan diri.

``Kami membuat keputusan untuk mencari jalan keluar bagi mendapatkan bantuan,'' katanya.

Ujarnya, Nasir hanya mampu berjalan pada hari pertama dan kemudian beliau tidak berdaya lagi.

``Selepas itu saya meneruskan perjalanan untuk mendapatkan bantuan dan meninggalkan dia di situ.

``Pada hari kedua saya mendengar bunyi helikopter namun bunyinya agak jauh tetapi lama-kelamaan ia semakin jauh,'' katanya.

Pada keesokan harinya, kata Nazarullah, dia telah ditemui oleh sekumpulan anggota tentera dari Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagaimanapun Allahyarham Nasir gagal dikesan.

Nazarullah menjelaskan, ketika pesawat Piper 28 itu berlepas dari Sungai Besi, beliau bertindak sebagai juruterbang.

Bagaimanapun, Nasir mengambil alih tugas tersebut ketika berada di udara.

``Allahyarham menunjukkan kepakarannya mengawal pesawat selepas menyedari enjin pesawat itu tidak berfungsi di udara,'' katanya.

Beliau juga berkata, hubungannya dengan Allahyarham seperti bapa dengan seorang anak.

Ditanya adakah beliau serik untuk menerbangkan pesawat, beliau berkata: ``Ini adalah kerjaya saya. Saya akan terus terbang atau menjadi jurulatih penerbangan,'' tambahnya yang patah kaki dan tangan kanan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.