saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/03/2004

Amy Mastura - Antara Tasha dan Syakila

DUNIA lakonan bukanlah suatu bidang yang baru bagi Amy Mastura. Justeru penyanyi kecil molek ini telah memberikan lakonannya dengan baik menerusi filem Trauma yang ditayangkan baru-baru ini.

Pun begitu, Amy masih juga berdebar menanti reaksi para penonton terhadap filem terbaru lakonannya, Bintang Hati.

Ini kerana, menerusi filem itu Amy melakonkan watak Syakila, seorang penyanyi yang akan menimbulkan rasa meluat di hati penonton.

``Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana reaksi peminat apabila melihat saya melakonkan watak Syakila.

``Terpulanglah kepada para penonton untuk menilai watak-watak yang saya lakonkan dalam Bintang Hati.

``Dalam filem itu, saya melakonkan dua watak yang berbeza iaitu Syakila dan Tasha.

``Kalau penonton sukakan watak Tasha, samalah macam mereka sukakan Amy Mastura.

``Tetapi kalau peminat benci dengan Syakila bermakna saya telah berjaya melakonkan watak itu,'' kata Amy Mastura kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Jelas Amy, Bintang Hati banyak mencabar kredibilitinya sebagai pelakon kerana dia telah mencuba melakonkan dua watak dalam sebuah filem.

``Saya merasa agak penat juga berlakon dalam filem ini kerana perlu melakonkan dua watak yang berbeza.

``Jalan cerita Bintang Hati juga berbeza daripada filem-filem yang pernah saya lakonkan setakat ini.

``Tasha, seorang yang sopan, manakala Syakila pula seorang penyanyi yang mengada-ngada.

``Namun, saya seronok berlakon dalam Bintang Hati kerana ia satu pengalaman baru bagi saya,'' ujar Amy.

Selain aktif berlakon, Amy belum melupakan bidang nyanyian yang telah menjulang namanya dalam dunia hiburan tempatan.

``Buat masa ini, saya sedang tunggu keputusan daripada Sony Music tentang rakaman album terbaru saya. Saya tidak tahu apa masalah mereka hingga kini album saya tidak diterbitkan.

``Saya akan menunggu kerana saya masih ada kontrak untuk menghasilkan tiga lagi album dengan mereka.

``Walaupun sudah lama tidak ra-

kam album baru, tetapi saya menya-

nyikan sendiri lagu tema dalam Bintang

Hati,'' kata Amy yang kali terakhir mun-

cul dengan album Akan Datang dua tahun lalu.

Selain Amy Mastura, turut berlakon dalam filem arahan Aziz M. Osman ini ialah Anuar Zain, Umie Aida, Jaafar Onn, Fasha Sandha dan Rosnah Mat Aris.

Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd., ini ditayangkan di 32 pawagam tempatan mulai semalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.