saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 26/03/2004

Bukti kita mampu bersaing

DIUKUR keupayaannya, skuad bawah 23 tahun negara belum boleh dikatakan cemerlang atau gemilang tetapi keupayaan bersaing dengan skuad terbilang, Korea Selatan kelmarin menjadi petanda peningkatan aksi pemain negara yang sudah tenggelam sejak sekian lama.

Tempoh 90 minit di Stadium Petaling Jaya, dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia, sorakan penyokong pasukan Malaysia kedengaran kembali walaupun skuad kebangsaan tewas 1-0.

Jika dengan Iran, penyokong yang hampa sering mencemuh kerana kegagalan skuad kebangsaan beraksi dengan baik sehingga tewas 4-1, kelmarin mereka jelas menetapkan pendirian untuk menyatakan sokongan jika pemain mempamerkan semangat juang yang tinggi sehingga ke titisan keringat terakhir.

Sebelum itu Malaysia menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila seri 1-1 dengan China di Wuhan walaupun pasukan tuan rumah suatu ketika mendahului.

Bagi penyokong tewas tetapi mempersembahkan aksi menarik sudah cukup untuk mencuri hati mereka kembali menyokong skuad kebangsaan sebagaimana ditunjukkan kelmarin.

Bagaimanapun, apa yang dikesalkan kekalahan disebabkan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku menyebabkan Malaysia tewas kerana jaringan penalti minit ke-43.

Tindakan Norhisham Hassan menjatuhkan Choi Sung-uk dalam kotak penalti bukan sahaja membawa padah malah menyerlahkan kelemahan ketara pemain ketika menerima asakan lawan.

Hanya disebabkan satu kesilapan memisahkan dua pasukan iaitu Malaysia terpaksa menerima kekalahan yang sebelum itu menampakkan bahawa keputusan seri.

Jurulatih Alan Harris sendiri mengakui bahawa tindakan menjatuhkan pemain Korea Selatan itu tidak sepatutnya berlaku.

Ini kerana pemain Korea Selatan itu bukan di peringkat membahayakan kubu negara.

Sememangnya Korea Selatan pasukan yang handal tetapi Malaysia mampu bersaing, malah penyerang Akmal Rizal Rakhli dikawal ketat oleh tiga pemain pasukan lawan.

Jelas pasukan lawan turut menghormati Malaysia, sikap seharusnya disemai dalam jiwa pemain-pemain negara walaupun berdepan pasukan bukan pilihan.

Bezanya, tanpa kekuatan mental, sampai bila pun pemain akan kecundang di tengah gelanggang walaupun suatu ketika mempamerkan aksi menarik.

Kesilapan dan kelekaan nampaknya terus menghantui pemain. Jika ini terus diamalkan, pasti sukar untuk Malaysia beraksi di persada antarabangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.