SUKAN TEMPATAN
ARKIB : 26/03/2004
Kalah tipis tanda peningkatan
KEKALAHAN tipis Malaysia kepada Korea Selatan dalam perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik kelmarin membuktikan pasukan kebangsaan sudah mencatat peningkatan, demikian kata bekas pemain negara, Dollah Saleh.
Bagaimanapun tegasnya, pencapaian Malaysia itu masih jauh untuk menyaingi atau menyamai kekuatan pasukan nombor satu Asia itu.
``Berdasarkan penilaian saya, pasukan Bawah 23 menunjukkan peningkatan sehingga hanya membenarkan Korea Selatan membolosi gawang sekali sahaja dalam perlawanan kelmarin, itupun melalui penalti.
``Begitupun kita masih ketinggalan jika mahu dibandingkan kekuatan sebenar Korea Selatan.
``Saya mengucapkan syabas kepada pasukan Bawah 23 kerana mempamerkan aksi cemerlang yang dinanti-nantikan oleh peminat tanah air sejak sekian lama,'' katanya.
Malaysia tewas kepada Korea Selatan 1-0 pada kelayakan Olimpik zon Asia Kumpulan A menerusi sepakan penalti Cho Jae-jin pada minit ke-43, di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya kelmarin.
Para pemerhati bola sepak bagaimanapun berpendapat kekalahan tipis itu membuktikan bola sepak Malaysia mampu berdepan dengan pasukan handalan.
Dollah seterusnya berharap beberapa pemain Bawah 23 yang mempamer aksi cemerlang dalam perlawanan kelmarin dikekalkan.
Katanya, skuad yang ada sekarang tidak memerlukan rombakan besar kerana bukan mudah untuk membentuk satu pasukan yang mantap.
``Saya berpendapat tiga pemain iaitu Norhafiz Zamani (Misbah), K. Rajen dan R. Surendran mempamer corak permainan setanding pemain lawan.
``Mereka berpotensi untuk diserapkan ke skuad senior,'' katanya.
Pahang belasah Kedah, mara ke final Piala Malaysia
Pahang belasah Kedah, mara ke final Piala Malaysia
Tengku Abdullah sah bertanding
Saya rai kemenangan - TMJ
TMJ ada kredibiliti jadi pemimpin - Presiden FAM
Hadiah istimewa buat anak - Safiq
Terlalu hormat punca Terengganu kalah
6 pemain tempatan bakal perkuatkan skuad Bujang Senang musim depan
BAM masih ada 2 bulan lagi
PKBM terseksa tunggu keputusan
Siapa jaguh LIMBC 2014?
Lechner hampiri kejuaraan wanita elit
Tengku Abdullah sah bertanding Exco FIFA
Jurulatih BAM tutup mulut
Tengku Abdullah jawab persoalan hari ini
Safiq Rahim terajui kemaraan JDT ke separuh akhir
Lambat dapat duit jadi alasan
Hari penentuan PKBM digantung atau dilepas?
Kualiti padang Stadium Nasional buat Dollah bimbang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












