saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/04/2004

Siti Nurhaliza - Terbit dua program TV

ARTIS yang bijak bukan sahaja profesional dalam bidang kerjayanya, tetapi perlu pandai merancang masa depan yang cemerlang. Jika itu yang menjadi ukuran bagi menyukat kebijaksanaan seseorang artis, Siti Nurhaliza antara yang memilih pakej berkenaan.

Tidak leka dengan populariti, tidak puas dengan pencapaian dan hasil yang dituai daripada dunia nyanyian, kini penyanyi kesayangan Malaysia ini melangkah setapak lagi dengan bergelar ahli perniagaan.

Jiwa seni yang sarat mengalir dalam diri tidak memungkinkan Siti untuk lari jauh daripada bidang seni.

Penyanyi ini di bawah label syarikat milik sendiri, Siti Nurhaliza Production (SNP) hari ini semakin pantas langkahnya menuju sasaran ke dunia penerbitan rancangan televisyen.

Melalui Konsortium Perdana yang ditubuhkan bersama beberapa syarikat milik rakan artis lain, SNP diberi slot selama 50 jam oleh RTM untuk menerbitkan rancangan dalam tahun 2004.

Rancangan pertama syarikat itu sudah disiarkan di TV2 pada Aidiladha yang lalu berjudul Muzikal Aidiladha.

Dua rancangan terbaru terbitan SNP berjudul 3D Siti dan Selebriti Sukan baru sahaja dilancarkan di Kuala Lumpur oleh pelakon veteran, Datuk Jins Shamsuddin pada Rabu lalu.

``Siti memang bercita-cita menjadi penerbit tetapi tidak sangka peluang yang datang secepat ini.

``Ini adalah penghormatan buat syarikat kami apabila diberi peluang oleh RTM untuk menerbitkan rancangan di stesen mereka,'' kata Siti pada majlis berkenaan.

Rancangan 3D Siti akan menemui penonton mulai 12 April ini, pukul 9 malam setiap Isnin.

Ia adalah sebuah rancangan hiburan yang memaparkan aktiviti-aktiviti seharian Siti secara eksklusif.

Bakal disiarkan sebanyak 13 episod, penonton dibawa mengetahui banyak perkara tentang diri penyanyi ini yang sebelum ini jarang didedahkan oleh mana-mana media.

``Siti berbicara dari hati ke hati dengan peminat. Bagaimanapun tidak semua kisah peribadi Siti dedahkan. Masih ada yang Siti simpan sebagai rahsia peribadi.

``Perkara yang orang boleh tahu dan perlu sahaja Siti sampaikan dalam rancangan ini,'' katanya yang juga Pengarah Eksekutif SNP.

Sementara itu, rancangan Selebriti Sukan bermula hari ini, pukul 2.30 petang.

Ia mengetengahkan seribu satu kisah-kisah menarik tentang 26 ahli sukan negara.

Antara yang ditampilkan ialah Nazmizan Mohammad, Mumtaz Jaafar, Minarwan Nawawi, Fadzlun, Akma Rizal, Malik Noor dan banyak lagi.

Rancangan ini turut menampilkan artis-artis popular sebagai pewawancara antaranya Rosyam Nor, Jasmin Hamid, Raja Azura, Saiful Apek, Shanie, Fazley, Maya Karin dan Eja.

``Sebagai penerbit muda, Siti perlu lebih peka dengan kehendak kalangan penonton. Bidang sukan adalah satu bidang yang dekat di hati Siti semenjak zaman sekolah lagi.

``Justeru bila dapat peluang menerbitkan rancangan tv, Siti pilih hiburan dan sukan kerana minat yang mendalam kepada kedua-dua bidang ini.

``Siti juga berharap melalui rancangan ini dapat memberi sumbangan besar kepada bidang sukan di negara ini,'' katanya lagi.

Untuk kedua-dua rancangan ini SNP mendapat bantuan daripada pengarah Rashid Sibir.

Pada majlis berkenaan juga, Siti menjawab pertanyaan media mengenai hubungannya dengan penyanyi Fazley yang mula diperkatakan semenjak akhir-akhir ini.

Pada 14 dan 15 April ini kedua-dua penyanyi yang memiliki personaliti menarik dan bersopan santun ini buat pertama kalinya bakal bergandingan bagi menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di PWTC.

``Hubungan kami secara profesional. Jangan gosip yang bukan-bukan. Antara kami tidak ada hal yang bersangkutan dengan hati dan perasaan.

``Tolong jangan selitkan sesuatu yang boleh membuatkan pihak lain berfikir yang bukan-bukan,'' pinta Siti mengharap pengertian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.