saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/04/2004

Bintang Hati - Isyarat kejayaan

POPULARITI Amy Mastura dan Anuar Zain dilihat sebagai antara tarikan utama untuk peminat filem Melayu memenuhi pawagam untuk menonton filem Bintang Hati.

Diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd. dengan kos sebanyak RM1.2 juta, Bintang Hati yang mula ditayangkan 25 Mac lalu mempunyai pelbagai tarikan tersendiri.

Filem arahan Aziz M. Osman ini kata Eksekutif Pemasaran Tayangan Unggul, Amir, syarikat produksi itu optimis filem Bintang Hati mempunyai potensi untuk mencapai kejayaan yang besar.

Menurutnya, keyakinan ini berdasarkan pencapaian awal pada kutipan tiket yang mencecah RM150,000 selepas dua hari tayangan.

``Kami gembira dengan reaksi yang diberikan oleh peminat-peminat terhadap filem Bintang Hati.

``Justeru, Tayangan Unggul akan terus mempertingkatkan usaha mempromosikan filem ini untuk memastikan ia mencecah kejayaan yang lebih besar,'' kata Amir lagi.

Selain jalan cerita yang menarik, Bintang Hati turut mendapat perhatian umum kerana ia menampilkan dua pelakon utama yang juga bekas pramugari dan pramugara syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Menurut Amir, dalam Bintang Hati, Amy dan Anuar telah memberikan persembahan dan komitmen yang amat membanggakan pengarah dan penerbit.

``Amy dan Anuar juga mempunyai keserasian kerana mereka sudah lama saling mengenali antara satu sama lain,'' ujar Amir.

Bintang Hati menampilkan Amy Mastura memegang dua watak iaitu sebagai penyanyi yang bernama Syakila dan juga Tasha, pengurus kepada Syakila.

Gaya hidup Syakila sebagai bintang ternama mendapat perhatian Izad, seorang wartawan hiburan yang bertugas dengan majalah Spotlight lakonan Anuar Zain.

Selepas mengenali Syakila dan Tasha dengan lebih dekat, Izad mula menyedari yang dia menaruh hati terhadap Tasha.

Pada masa yang sama, Syakila pula menyimpan perasaan yang serupa kepada Izad.

Sementara itu, Anuar ketika ditemu bual memberitahu, dia gembira dengan sokongan yang diberikan oleh peminat-peminatnya terhadap filem Bintang Hati.

``Sesuatu yang menarik dalam Bintang Hati ialah saya berpeluang merasai pengalaman menjadi wartawan hiburan kerana selama ini saya sekadar menonton dari jauh kerjaya sebenar wartawan.

``Saya gembira dengan hasil lakonan saya walaupun saya tahu masih banyak lagi kelemahan yang harus saya perbaiki pada masa depan,'' ujar Anuar jujur.

Kali pertama ditampilkan sebagai pelakon utama dalam filem, Anuar berterima kasih kepada Aziz kerana mempercayai bakat seninya.

Bagi Amy pula, kutipan RM150,000 filem Bintang Hati dalam tempoh dua hari tayangan memberi petanda positif untuk filem itu mencapai kejayaan luar biasa.

Menurut Amy, dia percaya formula Aziz dalam Bintang Hati menepati kehendak dan selera peminat filem Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.