saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/04/2004

Amir - Teruskan langkah secara solo


Amir.


LUPAKAN kegemilangan lalu, teruskan berbakti kepada dunia seni dan kekal bertahan di dalamnya. Inilah pegangan yang memberi motivasi kepada penyanyi Amir Uk's untuk terus bertahan dalam arena seni suara.

Amir hari ini lebih selesa dengan langkah solonya untuk terus berada dalam bidang penuh persaingan ini kerana yakin namanya sudah berada di tahap cukup selesa.

``Susah kalau mahu teruskan perjuangan dalam kumpulan. Saya akhirnya nekad untuk teruskan langkah secara solo kerana ia lebih mudah.

``Apa yang penting, saya mahu terus bersama peminat dan memberi sumbangan kepada satu-satunya bidang yang menjadi sumber pendapatan saya ini,'' katanya.

Setelah lebih empat tahun tanpa sebarang album, Amir kembali semula bersama dengan syarikat miliknya sendiri, Kumbang Production.

Album solo terbarunya berjudul Amir Uk's sudah berada di pasaran sejak 29 Mac lalu dan syarikat Life Record menguruskan soal promosi dan pemasarannya.

Dalam sejarah hiburan tempatan, Amir dan kumpulannya Uk's pernah mencatat kejayaan besar apabila album Bisa Berbisa yang dikeluarkan tahun 1994 terjual melebihi 300,000 unit.

``Hari ini setelah sepuluh tahun kejayaan itu, saya percaya orang masih menanti lagu-lagu terbaru saya.

``Sebab itu selepas album Pijar Kasmaran pada tahun 2000, saya mengambil masa hampir empat tahun untuk muncul dengan album baru kerana tidak mahu tergesa-gesa.

``Barang yang baik bagi saya ialah sesuatu yang dihasilkan dengan penuh ketelitian,'' katanya lagi berfalsafah.

Pengisian lagu-lagu dalam album kali ini juga memperlihatkan kematangan Amir dalam bidangnya.

Tidak lagi dengan irama sedih yang mendayu-dayu seperti di zaman Saari Amri, Amir memilih komposer yang lebih terkini seperti Ajai, Asmin Mudin, Aidit Alfian, Pey Cal termasuk sebuah lagu M. Nasir berjudul Sukma.

Ini memberikan rentak yang lebih moden, sesuai dengan cita rasa generasi kini tetapi pada masa yang sama tidak meminggirkan eleman tradisional.

Album ini diterbitkan dengan biayanya sendiri bersama seorang rakan kongsi dengan kos RM60,000.

``Kos itu memadai untuk album saya. Saya tidak sanggup menggadaikan soal kualiti hanya semata-mata kerana takut membuat pelaburan besar seperti itu,'' katanya lagi.

Saat sekarang, setelah lebih 10 tahun bergelumang dengan seni, kata Amir, tidak banyak lagi yang mahu dikejarnya.

Soal populariti bukan lagi agenda utama bapa kepada empat anak ini.

``Lebih penting lagi, saya ingin terus berkarya. Bukan masa saya lagi untuk mendapat publisiti murahan tetapi fokus utama saya hanya teruskan kecemerlangan yang ada dan kekal sebagai penyanyi yang disegani,'' katanya lagi.

Ditanya kenapa dia tidak berani mencipta walau sebuah lagu untuk album berkenaan, Amir mempunyai pandangan tersendiri.

``Kebolehan saya menyanyi. Saya mahu serius sebagai penyanyi.

``Soal penciptaan lagu biarlah mereka yang lebih arif melakukannya dan saya sendiri tidak mahu memeningkan kepala memikirkan soal yang saya tidak arif sangat,'' katanya jujur.

Sejajar dengan popularitinya yang masih menebal di kalangan peminat di negara Indonesia, Amir juga merancang untuk memasarkan album ini ke negara berkenaan tidak lama lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.