saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/04/2004

Prasasti Seni - Melengkapkan Perjalanan Seni Siti Nurhaliza

Menyoroti langkah pertama penyanyi Siti Nurhaliza ke dunia seni sehingga mencipta jaya yang gemilang, setiap hati berdetik menumpang bahagia.

Biarpun mungkin sokongan yang diberikan untuk perjuangan seninya cuma sedikit, tetapi jika anda pernah mengenali Siti yang kini semakin dewasa, pasti terselit kebanggaan itu di dada.

Masih terngiang di telinga penulis apa yang diucapkan di bibir nipisnya ketika bertemu di rumah teres setingkat di kawasan perumahan di Kuala Lipis, lebih sembilan tahun lalu.

``Siti mahu bantu emak, abah. Tidak banyak yang Siti pinta, cuma biarlah apa yang Siti buat ini memberi manfaat kepada kami sekeluarga.

``Sudah banyak yang emak dan abah korbankan untuk Siti dan sudah sampai masanya untuk Siti membalas jasa dan perjuangan mereka.''

Mungkin berkat niatnya untuk berbakti kepada keluarga, dia berjaya menggapai segala yang diidamkan.

Terasa cepat masa berlalu dan hari ini 10 album solo Siti sudah berada di pasaran.

Prasasti Seni- Siti Nurhaliza adalah album yang melengkapkan perjalanan seninya selama hampir satu dekat.

Prasasti dalam bahasa Sanskrit bermaksud batu bersurat atau tanda yang mencatat sejarah kewujudan.

``Judul ini dipilih sebagai lambang kewujudan Siti dalam bidang seni dan lagu-lagu Siti merupakan tanda atau catatan mengenai kewujudan itu,'' jelas Siti yang dikelilingi kaum keluarga termasuk dua orang tuanya, Taruddin Ismail dan Siti Salmah Bachik, ketika ditemui pada majlis pelancaran album berkenaan di Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Album terbitan SRC ini memuatkan 11 lagu, cuba lari daripada kebiasaan album lain yang hanya memuatkan 10 buah lagu.

Minat Siti untuk terlibat dalam penulisan lirik juga semakin ketara dalam album ini apabila dia memberikan idea kreatif untuk empat lagu iaitu Cinta Tak Berganti, Pejam Matamu, Cahaya Seribu Liku (bersama Tanty) dan Kembalikan Indah (bersama Slen).

``Awalnya Siti mahu lirik dibuat oleh orang lain. Bagaimanapun komposer yang minta supaya Siti tulis sendiri.

``Lagu Iman Wan, Cinta Tak Berganti misalnya, dia sendiri yang beri jalan cerita. Lebih mudah untuk Siti siapkan lirik sebab dia sudah bagi plot cerita di dalamnya,'' kata Siti lagi.

Prasasti Seni juga memperlihatkan keberanian Siti untuk membuat anjakan paradigma apabila memilih banyak nama baru untuk bekerjasama.

Empat komposer yang pertama kali berkerjasama dengan Siti melalui album ini ialah Yassin, Andy, Iman Wan dan G-Nola.

Sementara itu, jadual Siti terus padat dengan pelbagai agenda nyanyian di dalam dan luar negara.

Pada 6 hingga 8 Mei ini, Siti akan berlepas ke Taiwan untuk menjayakan rancangan 15 Melodi Muzik Taiwan dan kemudian ke Indonesia pada 21 Mei untuk menjayakan Anugerah Muzik SCTV.

Sempena kemunculan album terbaru ini juga, Siti dijangka akan muncul dengan 20 konsert seluruh negara bermula 13 Jun hingga Ogos.

``Ini impian Siti semenjak sembi-

lan tahun lalu. Siti memang mahu ia diberikan secara percuma kepada peminat sebagai balasan kepada mereka yang banyak menyokong perjuangan Siti selama ini,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.