saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/04/2004

Rancangan pembangunan TUDM siap lebih awal

PETALING JAYA 15 April - Selepas keputusan pembelian 18 pesawat pejuang canggih SU-30MKM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan terus dimodenkan, malah penggubalan rancangan pembangunannya bagi tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dijangka siap lebih awal, pada akhir tahun ini.

``Pemodenan termasuk penambahan pesawat pejuang baru dan Sistem Kawalan dan Amaran Awal (AWACS) akan turut dimasukkan ke dalam rancangan pembangunan RMK-9 itu,'' kata Panglima TUDM, Jeneral Datuk Nik Ismail Nik Mohamed.

Beliau berkata, perancangan lima tahun mulai 2006 itu, yang dirangka ketika RMK-8 masih belum berakhir, turut merangkumi pembangunan peralatan, infrastruktur dan kemudahan bagi warga TUDM.

``Kita sudah kenal pasti beberapa aspek pembangunan yang diperlukan oleh TUDM bagi jangka masa terdekat dan jangka masa panjang,'' katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia 2004 (DSA 2004) di sini hari ini.

Beliau tidak menyatakan jenis pesawat atau sistem senjata yang akan dibeli pada RMK-9 tetapi penganalisis berpendapat, TUDM dijangka membuat keputusan untuk membeli pesawat F-18F Super Hornet dan sistem AWACS.

Pembelian Super Hornet tertangguh selepas kerajaan Malaysia memperuntukkan sebahagian belanjawan untuk membeli 18 buah pesawat SU-30MKM.

Ismail tidak membayangkan Super Hornet telah digugurkan dari senarai pembelian TUDM sebaliknya menekankan, TUDM amat memerlukan pesawat jenis itu.

``Kami menganggap Super Hornet ini adalah pesawat yang terbaik berdasarkan penggunaan lapan buah Hornet F-18D yang sedia ada dalam perkhidmatan kami,'' katanya.

Malaysia mula menggunakan Hornet pada akhir 90-an tetapi pesawat itu tidak mencukupi untuk penubuhan dua skuadron (18 pesawat).

Ekoran itu Amerika Syarikat pada 2002 telah membuat tawaran baru iaitu pemilikan Super Hornet sambil membeli balik Hornet yang sedia ada dalam inventori TUDM.

Bernama difahamkan TUDM memerlukan sekurang-kurangnya 18 buah Super Hornet.

Malaysia juga berharap pembelian pesawat jenis itu pada kali ini turut memasukkan pakej misil AMRAAM yang menjadi senjata utama Super Hornet.

Bagaimanapun misil itu hanya diberi kepada sekutu rapat Amerika seperti Singapura dan Thailand.

TUDM juga memerlukan empat buah pesawat AWACS dengan nilai belian kira-kira RM1 bilion. Bagaimanapun rancangan pembeliannya tertangguh pada RMK-8 dan sehingga ini belum ada keputusan syarikat mana yang akan memenangi kontrak pesawat itu. - Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.