saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/04/2004

KL Menjerit 1 - Menongkah arus penerbitan filem

BARISAN pelakon KL Menjerit 1.


Tayangan Unggul Sdn. Bhd., (TUSB) dan pengarahnya Bade Haji Azmi yakin filem KL Menjerit 1 akan memenuhi selera remaja hari ini walaupun filem itu dihasilkan secara menongkah arus. Selalunya penerbit menghasilkan filem kedua sebagai kesinambungan filem pertamanya. Tetapi berlainan dengan Tayangan Unggul yang menghasilkan KL Menjerit 1. Filem ini dihasilkan dengan menampilkan jalan cerita dan pendokong wataknya sebelum kewujudan KL Menjerit yang diterbitkan tiga tahun lalu.

Dengan peruntukan sebanyak RM1.6juta, KL Menjerit 1 yang masih mengekalkan pelakonnya Rosyam Nor (Shahrul), Danny X-Factor (Mamat) dan Saiful Apek (Kilat), turut menampilkan Erra Fazira (Nina), Tengku Shahira (Khatijah), Que Haidar (Ku Idhzam) dan Zul Hqzaimu.

Penerbit Eksekutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai memberitahu walaupun di Malaysia tidak pernah berlaku penghasilan filem seperti yang dilakukannya itu, namun TUSB yakin dengan apa yang mahu dipersembahkan oleh pengarahnya, Bade Haji Azmi.

``Setelah kejayaan KL Menjerit meraih lapan anugerah pada Festival Filem Malaysia 2003, kami terpaksa menunggu tiga tahun untuk menerbitkan cerita sebelumnya kerana kesibukan Bade dengan kerja-kerja pengarahannya,'' kata Gayatri.

Bade yang ditemui pada majlis pelancaran filem berkenaan di sebuah kelab di ibu kota berkata, ``Memang saya sedar bukan sesuatu yang mudah untuk menghasilkan sebuah filem yang berlainan daripada filem di Malaysia kerana tidak pernah dibuat orang di Malaysia perkara seperti ini. Tetapi saya harus perlu bekerja keras.

``Melalui KL Menjerit 1 ini saya lebih tumpukan kepada drama aksi.

``Saya buat filem bukan untuk tontonan sendiri tetapi untuk penonton. Filem ini kebanyakannya yang menonton remaja dan mat motor jadi saya kena beri perhatian kepada drama aksi tanpa melupakan nilai-nilai drama dan cerita yang menarik dengan diselitkan babak-babak percintaan,'' akui Bade.

Menurut Bade, dia mengambil masa begitu lama sehingga tiga tahun untuk memulakan filem ini kerana kesibukannya mengarah filem-filem TUSB seperti Berlari Ke Langit dan Gangster.

``Filem ini mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, jadi saya tidak mahu menyiapkan skripnya dalam keadaan tergopoh gapah. Setelah tiga tahun dan melalui panel skrip yang dilantik oleh TUSB maka lahirlah filem ini,'' kata Bade.

Menyentuh mengenai muka-muka baru yang diperkenalkan dalam filem ini, kata Bade, dia bukan sahaja mencari kelainan dari segi cerita dan konsep malah mahu memberi peluang kepada pelakon baru menunjukkan bakat.

KL Menjerit yang telah memulakan penggambaran di Kuala Lumpur pada 15 Mac lalu dijangka akan mengambil masa penggambaran selama 50 hari. Selain Kuala Lumpur, krew filem ini akan ke Ladang Tebu, Perlis selama seminggu untuk penggambaran di sana.

KL Menjerit 1 membawa kisah mengenai Ku Idhzam atau lebih dikenali Ku, sahabat baik yang juga sepupu Shahrul ketika di kampung, telah berhijrah ke Kuala Lumpur (KL). Di KL selain bekerja di kilang percetakan, Ku juga terlibat dengan kegiatan lumba haram.

Ku mengajak sepupunya berpindah ke KL tetapi Shahrul tidak yakin untuk hidup di sana kerana tiada pengalaman dan hanya memiliki pendidikan yang tidak seberapa.

Di KL, Ku berkenalan dengan Khatijah, seorang siswa perubatan di sebuah universiti yang mengalami tekanan perasaan kerana sejarah silam. Nina, pegawai penyiasat cuba membantu Khatijah dengan misinya menyelesaikan kes yang membabitkan mat motor. Kecekapan Nina menunggang motosikal membuatkan hubungannya semakin rapat dengan Shahrul.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.