saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 23/04/2004

Malaysia menang

SYDNEY - Malaysia menewaskan Afrika Selatan 2-1 dalam kejohanan Hoki Empat Negara di sini semalam dan kelihatan bakal menempah tempat ke perlawanan akhir bertemu Australia, Ahad ini.

Kemenangan itu dicapai sehari selepas pasukan negara mengejutkan India 3-0 kelmarin. Australia seri 2-2 dengan India dalam perlawanan kemudian.

Dalam kejohanan pertama di Canberra minggu lalu, Malaysia menamatkan kempen di tempat terakhir daripada empat pasukan selepas tewas 3-2 kepada Afrika Selatan pada perlawanan penentuan tempat ketiga/empat. Ia dimenangi oleh Australia.

Dalam perlawanan semalam, Malaysia mendahului menerusi jaringan S. Kuhan hasil pukulan sudut penalti pertama yang menerjah ke sebelah kanan gawang Afrika Selatan.

Afrika Selatan menyamakan kedudukan menerusi Ian Symons pada awal babak kedua permainan sebelum Kuhan sekali lagi menemui sentuhan daripada satu lagi pukulan sudut penalti, kali ini merembat masuk ke sebelah kiri gawang Afrika Selatan untuk gol kemenangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.