saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 26/04/2004

Taufik juara perseorangan ABC

PEMAIN kontroversi Indonesia, Taufik Hidayat dan gandingan Sigit Budiarto-Tri Kusharyanto muncul juara acara perseorangan dan beregu Kejohanan Konfederasi Badminton Asia (ABC) di Stadium Kuala Lumpur, semalam.

Taufik yang kembali berlatih di bawah jurulatih pilihannya, Mulyo Handojo sejak Februari lalu menamatkan peluang rakan senegaranya, Sony Dwi Kuncoro untuk menjadi pemain pertama menjuarai kejohanan itu tiga kali berturut-turut.

Malah kemenangan 15-12, 7-15, 15-6 dalam masa 43 minit itu merupakan yang pertama buat Taufik ke atas Sony dalam kedua-dua kejohanan tempatan dan antarabangsa.

``Ini pertemuan ketiga saya dengan Sony di pertandingan antarabangsa. Ia memenangi dua pertandingan pertama, kesemuanya di kejohanan ABC ini. Saya juga tidak pernah menewaskannya semasa latihan dan pertandingan tempatan,'' kata Taufik yang mendapat sokongan lebih 600 penonton Indonesia yang berada di Stadium Badminton Kuala Lumpur.

Kemenangan itu juga mencerahkan peluang Taufik yang kini menduduki ranking ke-24 dunia untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik di Athens, Ogos ini.

Ketika ini hanya Sony yang sudah memastikan tempatnya ke temasya empat tahun sekali itu.

Sigit yang juga dianggap pemain kontroversi membuktikan bahawa penyatuannya dengan bekas pemain beregu campuran, Tri Kusharyanto sejak pertengahan tahun lepas tidak sia-sia apabila mereka menewaskan rakan senegara yang menyertai skuad Sukan Olimpik Indonesia, Flandy Limpele-Eng Hian 15-13, 15-5 dalam masa 35 minit.

Sementara itu, Korea memenangi baki dua lagi gelaran iaitu perseorangan wanita dan beregu campuran.

Pilihan kedua kejohanan, Jun Jae Youn dari Korea menjuarai acara perseorangan wanita setelah menewaskan Wang Chen dari Hong Kong 11-9, 11-7.

Gandingan Kim Dong Moon-Ra Kyung Min pula merangkul kejuaraan ke-14 mereka berturut-turut setelah menumpaskan pasangan Thailand, Sudket Prapakamol-Saralee Thung 15-10, 17-16.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.