saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 01/05/2004

Malaysia kena belasah

KETIKA perubahan drastik yang diharapkan berlaku dalam jawatan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat agungnya tidak menjadi kenyataan semalam, beberapa jam selepas itu skuad Olimpik negara mencipta kekalahan memalukan pada perlawanan kelayakan Kumpulan A di Stadium Azedi Teheran, Iran.

Pasukan negara bimbingan jurulatih Allan Harris itu dibelasah 6-0 oleh pasukan tuan rumah, kekalahan terbesar dalam beberapa perlawanan kelayakan mereka sebelum ini.

Malaysia yang sudah tidak mempunyai harapan untuk layak ke Olimpik sekadar bermain sambil lewa tanpa menunjukkan sebarang kesungguhan dalam memberikan saingan.

Sebelum ini, pada pusingan pertama kelayakan, Malaysia kalah 4-1 kepada Iran, seri 1-1 dengan China dan kalah 1-0 kepada Korea Selatan.

Pada pertemuan pusingan kedua di tempat lawan dengan Korea Selatan, Malaysia kalah 3-0 sebelum semalam tewas lagi 6-0 kepada Iran.

Malaysia yang tidak pernah menang dalam perlawanan kelayakan setakat ini akan berjumpa China di tempat sendiri pada 12 Mei ini untuk menutup tirai cabaran yang cukup menyedihkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:11
Asar 4:34
Maghrib 7:07
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.