saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/05/2004

Tragedi dipanah petir -- Dua terbunuh, 21 cedera ketika berkhemah di Gunung Rajah

SEORANG daripada 17 peserta ekspedisi yang cedera dipanah petir diberi rawatan oleh jururawat sejurus tiba di Hospital Bentong semalam manakala gambar kiri seorang lagi mangsa dibawa turun dari Gunung Rajah dengan helikopter Nuri yang mendarat di Padang Golf Bentong untuk dikejarkan ke hospital itu.


BENTONG 3 Mei - Dua maut manakala 21 lagi pendaki cedera dalam tragedi dipanah petir ketika hujan ribut beserta kilat sambar-menyambar malam tadi di sekitar puncak Gunung Rajah, Chamang dekat sini - tempat 31 peserta ekspedisi berkhemah.

Tragedi menyayat hati itu berlaku ketika beberapa pendaki membaiki khemah manakala yang lain berada berada di dalam khemah pada kira-kira pukul 8 malam.

Cuaca buruk yang tidak diduga sehingga hari ini menyukarkan bantuan diberikan kepada mereka yang cedera serta untuk membawa turun mayat kedua-dua pendaki terbabit - Ahmad Shah Jaafar, 23, dan Mohd. Nazim Ibrahim, 35.

Ahmad Shah berasal dari Felda Mempaga 3, di sini manakala Mohd. Nazim dari Jalan Haji Ahmad Badawi, Kepala Batas.

Awan tebal turut menyukarkan kerja menyelamat yang dilakukan menggunakan helikopter manakala perjalanan darat mengambil masa sehingga enam jam untuk sampai ke puncak gunung setinggi 576 meter itu.

Bagaimanapun, dengan usaha berterusan pasukan penyelamat, akhirnya mayat mangsa dan 21 orang yang tercedera dapat dibawa turun secara berperingkat-peringkat menggunakan helikopter.

Lebih merumitkan apabila kawasan yang sempit di tapak perkhemahan itu hanya membolehkan sebuah helikopter sahaja mendarat pada satu-satu masa.

Pasukan penyelamat menggunakan enam buah helikopter iaitu tiga helikopter bomba, dua helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan sebuah helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mayat Ahmad Shah dan Mohd. Nazim dibawa turun pada pukul 7 malam ini, hampir 24 jam selepas tragedi berlaku.

Mohd. Nazim merupakan pekerja kilang Ingress di Nilai, Negeri Sembilan manakala Ahmad Shah adalah penuntut Institut Kemahiran Ikhtisas Pahang (Ikep).

Enam lagi peserta ekspedisi itu menuruni gunung dengan berjalan kaki malam ini manakala dua lagi akan dibawa turun pagi esok bersama sepasukan penyelamat yang kini sudah tiba di kawasan perkhemahan setelah mula mendaki pagi ini.

Mereka yang cedera pula dikenali sebagai Mohd. Subri Azahari, Mohd Afzal Shaid, Sufian Mohd Nor, Mohd Nor Azam Azahari, Mohd Aswadi Abdul Manaf, Mohd Yussoff Ramli, Suhaimi Abdul Ghani, Mohd Nor Hanafi Mohd Hamid, Ahmad Shukri Suhaimi, Mohd Amir Yusoff.

Mohd. Nizam Abu Bakar, Zahari Bidin, Mohd. Fikri Zahari, Nurul Nadira Mat Isa, Juliana Sarih, Mohd. Ridzuan Yusof dan Mohd. Fairizal Hitam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohd Noor Hakim Kassim berkata, kesemua mereka kini dirawat di Hospital Bentong.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam sewaktu hujan lebat dan ribut petir melanda tapak perkhemahan mereka.

Kesemua mangsa ialah terdiri daripada 31 orang belia dari dua kumpulan pendaki, masing-masing Ikep dan pekerja kilang Ingress.

Kedua-dua kumpulan terbabit memasuki ke kawasan tersebut Jumaat lalu dan dijadualkan turun hari ini.

Pasukan penyelamat terpaksa melalui jalan darat dengan menempuh beberapa bukit dan mengambil masa antara lima hingga enam jam untuk ke tempat kejadian.

Justeru beberapa buah helikopter digunakan dan operasi udara dikatakan terjejas kerana cuaca buruk serta awan yang tebal.

Sementara itu Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah meluangkan masa melawat mangsa di Hospital Bentong.

Baginda diiringi oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Pahlawan Ramli Yusoff dan Pengarah Hospital Bentong, Dr. Chandra Sakanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, operasi menyelamat melalui udara itu yang dihentikan pada pukul 6.30 petang ini, akan disambung pagi esok.

``Bagaimanapun malam ini, kita akan menghantar pasukan keselamatan ke tempat kejadian melalui jalan darat sebagai bantuan sokongan,'' katanya kepada pemberita ketika melawat mangsa di Hospital Bentong.

Adnan berkata, pasukan itu akan memberi rawatan kecemasan serta menghantar bekalan makanan kepada mangsa yang masih berada di puncak gunung.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.