saya nak baca ..

TENTERA


ARKIB : 06/05/2004

Ana - Pakar menjejaki pengganas komunis

Mungkin tidak ramai mengetahui maksud sebenar perkataan Senoi Praaq, yang merujuk kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di mana semua anggotanya terdiri daripada pelbagai suku Orang Asli.

Senoi Praaq adalah gabungan bahasa suku Temiar dan Semai yang bermaksud Orang Perang.

Pasukan Senoi Praaq ditubuhkan sejak 30 tahun lalu dan diserapkan ke dalam Pasukan Gerakan Am (PGA) setelah fungsi mereka menentang komunis tamat berikutan termeterainya perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989.

Apa yang menarik tentang Senoi Praaq ialah anggotanya terdiri daripada pelbagai suku Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia seperti Temuan, Temiar dan Semai yang mempunyai kemahiran mengesan musuh ketika dalam hutan.

Hakikat ini tidak dapat dinafikan kerana dengan deria rasa, lihat dan dengar yang luar biasa, Senoi Praaq banyak membantu kerajaan membanteras aktiviti pengganas komunis khususnya di sempadan Malaysia - Thailand.

Selain membanteras komunis, khidmat Senoi Praaq juga diperlukan bagi membantu pihak berkuasa mengesan orang hilang di hutan dan terbukti dengan kemahiran mereka, orang hilang berjaya ditemui dalam tempoh singkat.

Menjadi pengesan jejak yang cekap bukan sesuatu mustahil bagi anggota Senoi Praaq kerana selain daripada menerima latihan asas di pusat latihan polis, mereka sebenarnya telah pun mahir sejak kecil lagi kerana aktiviti berburu merupakan amalan hidup masyarakat Orang Asli.

Hakikat itu dijelaskan oleh Sarjan Mejar Ana anak Alang, 56, yang menjadi truper Senoi Praaq sejak 1967.

Menurut Ana, aktiviti berburu adalah dunia sebenar Orang Asli dan ini menjadikan anggota Senoi Praaq pakar hutan sehingga dapat mengesan pergerakan binatang dan manusia dengan mudah.

``Latihan asas memang diberi oleh polis tetapi yang banyak menyumbang kepada kejayaan mengesan musuh di hutan ialah aktiviti berburu binatang liar yang kami lakukan sejak kecil lagi di mana ilmu mengesan haiwan ini kami gunakan untuk mengesan manusia pula,'' katanya ketika ditemui di Kem Batalion 3 PGA di Bidor, Perak.

Ana, suami kepada suri rumah, Kiah Adik dan ayah kepada empat orang anak menjelaskan, penglibatan anak-anak Orang Asli dalam perburuan dan menjejak binatang sejak usia muda menjadikan mereka lali dengan mana-mana hutan kerana bagi mereka, semua hutan dianggap dunia mereka.

Katanya, hobinya sewak-tu kecil ialah mengesan jejak haiwan di hutan dan selagi tidak berjumpa dengan haiwan tersebut, dia tidak akan pulang ke rumah.

``Dari situlah, kemahiran saya mengesan pergerakan di hutan semakin meningkat melalui ajaran ayah dan rakan-rakan dan ia amat berguna sekali ketika saya memasuki pasukan Senoi Praaq.

``Ini kerana kami ditugaskan untuk mengesan pengganas komunis,'' jelasnya yang berasal dari suku Temiar.

Berasal dari Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan, Ana mendapat latihan asas peperangan di hutan di kem Pasukan Polis Hutan (kini PGA) Ulu Kinta dan Bukit Maxwell sebelum ditempatkan di Pangkalan Hulu mulai tahun 1968 hingga 1977.

Tugas utamanya ketika itu ialah mengawal perkampungan Orang Asli di kawasan sempadan daripada ancaman komunis.

Selepas tamat tugas di Pangkalan Hulu, Ana ditukarkan ke Perlok, Sungai Siput dan ditugaskan sebagai peronda hutan di sempadan untuk tempoh seminggu sehingga sebulan pada setiap kali rondaan.

Ana berkata, bagi memastikan kejayaan mengesan musuh di hutan, beberapa faktor perlu diteliti dengan mata kasar dan antaranya ialah rupa bentuk tanah dan pokok.

``Tanah seelok-eloknya berlumpur dan berpasir. Lihat juga ranting-ranting pokok jika ada yang patah, keadaan akar pokok jika terusik keadaan dan kedudukannya.

``Sarang labah-labah juga perlu dilihat sama ada telah terkoyak akibat laluan manusia atau haiwan,'' katanya.

Apa yang menarik tentang Ana ialah beliau dapat mengesan laluan musuh walaupun tanda-tanda pergerakan itu telah `padam' akibat faktor cuaca atau dipadamkan sendiri oleh musuh.

Beliau juga boleh membezakan pergerakan antara haiwan dan manusia di hutan dengan melihat kemusnahan pada ranting pokok, akar pokok dan sarang labah-labah.

``Memang ada perbezaan jika manusia melanggar ranting pokok, akar pokok dan sarang labah-labah berbanding haiwan, tidak kiralah sama ada haiwan itu sebesar manusia sekalipun.

``Hendak mencari orang hilang di hutan pun ada caranya iaitu kita mesti buat bising iaitu memanggil nama orang tersebut sambil melihat faktor tanah serta pokok dan sebagainya tetapi jika hendak mengesan musuh, kita mesti diam,'' katanya sambil tersenyum.

Tahun 1980 hingga 1983 mencatatkan sejarah bagi Ana apabila terlibat dalam empat pertempuran dengan pengganas komunis di sempadan Malaysia - Thailand.

Kemahirannya mengesan musuh telah digunakan sepenuhnya sehingga berjaya membunuh dan mencederakan beberapa orang pengganas komunis.

Empat pertempuran itu ialah di Ulu Sungai Blaur, Pos Gob, Kelantan, pada 9 Jun 1980; Ulu Sungai Bertak, Pos Gob, Kelantan pada 20 Jun 1980; Ulu Sungai Talong, Hulu Perak pada 3 Oktober 1980 dan Ulu Sungai Chenandong, Pos Terhong, Hulu Perak pada 5 Februari 1983.

Katanya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah apabila menyaksikan ketua platunnya, Inspektor Gunasekaran, terbunuh ditembak komunis sewaktu bertempur di Ulu Sungai Blaur.

``Mendiang Gunasekaran mengetuai platun khas Senoi Praaq terdiri daripada 21 anggota dan kami terjebak dalam pertempuran sewaktu sedang mengesan jejak komunis seramai 20 orang.

``Pertempuran berlaku selama satu jam dan ia membawa kepada kematian ketua platun kami sementara beberapa anggota komunis cedera tetapi berjaya melarikan diri jauh ke dalam hutan,'' katanya.

Walaupun kehilangan ketua platun, Ana berkata, mereka meneruskan usaha menjejak komunis sehinggalah ke Ulu Sungai Bertak di mana dalam pertempuran itu, seorang pengganas komunis berjaya ditembak mati.

Atas jasa-jasanya menjaga keamanan rakyat dan negara serta pengorbanannya menentang komunis, Ana dianugerahkan pingat Pangkuan Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada 1996.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.