saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 11/05/2004

Tertuduh beritahu mahu bakar Canny

SHAH ALAM 10 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Ahmad Najib Aris sempat meminta maaf sambil menangis dan berpesan kepada Canny Ong Lay Kian ketika mendiang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan bahawa dia akan membakar mayat wanita itu supaya Canny ke syurga.

Menurut Ahmad Najib, ketika itu Canny dalam keadaan tenat selepas dia menikam mangsa sebanyak dua kali kerana takut setelah melakukan hubungan seks (merogol) yang didakwa dilakukan dengan rela hati.

Tertuduh mendakwa demikian ekoran tiadanya tangisan mahupun perasaan marah oleh mendiang terhadapnya.

Ahmad Najib menyatakan lagi bahawa dia telah melarikan Canny dari Pusat Beli Belah Bangsar (BSC) kerana menyangka wanita itu ialah orang yang pernah didendamnya selama ini tetapi rupa-rupanya dia tersilap orang.

Kesemua kenyataan itu telah diberikan oleh Ahmad Najib dan dibacakan semula oleh bekas majistret Mahkamah Majistret Petaling Jaya iaitu Muhammad Rushdan Mohamed yang merekodkan pengakuan tersebut pada 21 Jun tahun lalu ketika dia ditahan reman.

Saksi itu membacakan pengakuan tertuduh setelah Hakim Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang kenyataan itu dibuat secara tanpa sukarela.

Lantaran itu, mahkamah memutuskan menerima pengakuan Ahmad Najib sebagai bahan bukti dalam perbicaraan penuh kes bunuh dan rogol, penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong Lay Kian, 29, dari San Diego, Amerika Syarikat.

Ahmad Najib, 28, pencuci kabin kapal terbang dan bapa kepada dua orang anak yang masih kecil itu didakwa melakukan kesalahan tersebut antara pukul 1 dan 5 pagi, 14 Jun tahun lalu di Batu 7, Jalan Klang Lama dekat sini.

Ahmad Najib dibicarakan mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum mati.

Muhammad Rushdan dengan nada suara lantang meneruskan lagi pembacaannya sementara tertuduh kelihatan tunduk sambil memeluk tubuh.

Hasrat hati untuk bersetubuh dengan Canny telah diluahkan dengan gurauan kata-kata oleh Ahmad Najib, ujar Muhammad Rushdan lagi.

Kata saksi itu, tertuduh mendakwa yang dia tidak mengugut Canny cuma meletakkan sebilah pisau di atas meter pemandu.

Selepas itu, menurut Muhammad Rushdan, Ahmad Najib mendakwa yang Canny terus rela untuk melakukan hubungan seks sungguhpun sebelum itu berlaku pertengkaran mengenai kad pengenalan mereka yang ditinggalkan kepada seorang anggota polis.

Dalam dokumen setebal 20 muka surat itu, Muhammad Rushdan ada mencatatkan pengakuan Ahmad Najib yang dia telah menikam Canny sebanyak dua kali kerana terperanjat disebabkan mendiang meronta-ronta sebaik sahaja mengesat bibirnya sendiri dengan tisu selesai mereka bersetubuh.

``Saya jadi buntu seketika, mangsa masih lagi bernyawa dan dalam masa yang sama saya ternampak seorang lelaki datang dari arah belakang sambil membawa sebatang kayu,'' kata Ahmad Najib seterusnya.

Sehubungan itu, menurut Muhammad Rushdan, Ahmad Najib menyatakan lagi, yang dia kemudiannya telah membawa Canny ke suatu tempat selamat untuk memakaikan mendiang yang masih bernyawa seluar serta baju.

Ahmad Najib juga menasihati Canny supaya jangan banyak bergerak kerana dikhuatiri akan kehilangan banyak darah dan pada mulanya berhasrat membawa Canny ke hospital.

``Namun begitu, saya menarik mangsa ke dalam lubang longkang dan meminta maaf kepadanya serta berpesan yang dia akan ke syurga,'' katanya.

Terakhirnya, sebelum Canny ditinggalkan, Ahmad Najib mengatakan yang dia memegang tangan sambil mengulangi kata-katanya itu dan berpesan akan membakar mayat mendiang.

Di ketika itu, Ahmad Najib memberitahu bahawa, Canny hanya memandangnya dengan mulut yang terbuka sambil meminta supaya dia ditinggalkan di situ.

``Saya rela ditinggalkan di sini kerana saya akan ke syurga,'' itulah kata-kata mendiang menurut tertuduh sebelum dia meninggalkan Canny dan menutup semula lubang longkang tersebut dengan papan.

Pisau yang digunakan untuk menikam Canny kemudiannya telah dibuangkan oleh Ahmad Najib manakala kereta Tiara WFN 6871 telah disorokkannya.

Keesokkan harinya pula, iaitu pada 14 Jun tahun lalu iaitu hari Sabtu, cerita Ahmad Najib lagi kepada Muhammad Rushdan, dia ada membeli dua botol minyak petrol sebelum pergi semula ke lubang tempat mendiang disumbatkan pada sebelah malam.

``Saya pegang tangannya (Canny) dan meminta maaf serta pohon izin untuk membakar mayatnya,'' begitulah bunyi pengakuan Ahmad Najib ketika Muhammad Rushdan mengakhiri pembacaannya.

Sementara itu, bapa Canny, Ong Bee Jeng @ Ong Chu Cheng, kini remisier dipanggil semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salehuddin Saidin, untuk memberikan keterangan, merungut apabila dia disoal balas oleh peguam Muhamad Hanif Khatri Abdulla pada perbicaraan yang masuk hari ke-41 hari ini.

Saksi itu tidak bersetuju apabila peguam menyatakan kepadanya akibat kerugian teruk yang dialami sebagai seorang remisier saham dia dan isterinya, Pearly Visvanathan telah meminjam wang.

Bee Jeng juga menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau, isterinya dan Canny telah menerima ugutan ekoran pinjaman tersebut terutamanya ketika anaknya itu berada di sini.

Soalan bertalu-talu oleh Haniff telah dibantah oleh Salehuddin kerana menurut beliau saksi itu telah menafikan yang dia dan isterinya ada membuat pinjaman seperti yang didakwa oleh peguam.

``Mengapakah perlu ditanya lagi soalan sebegini yang ternyata tidak berasas langsung,'' kata Salehuddin.

Haniff: ``Ini adalah tanggungjawab kami. Mengenai kebimbangan pendakwa raya bahawa ada pihak lain yang melakukan perbuatan ini (pembunuhan), itu adalah pembelaan yang kami ada.''

Bee Jeng juga memberitahu bahawa Canny melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat yang dibiayai oleh seseorang profesional iaitu seorang peguam yang juga datang dari keluarga susah pada mulanya sebelum menjadi kaya.

Perbicaraan bersambung pada 12 Mei ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.