saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/05/2004

Premis judi: Ketua polis balai Sea Park ditukar serta-merta

KUALA LUMPUR 11 Mei - Ketua Polis Balai Sea Park, Petaling Jaya, Cif Inspektor Hazri Mohamad ditukarkan serta-merta hari ini ekoran kegagalannya mengambil tindakan terhadap premis mesin judi haram yang beroperasi kira-kira 100 meter dari balai tersebut.

Hazri ditukarkan ke daerah lain di Selangor dan tempatnya akan digantikan oleh pegawai polis lain tidak lama lagi.

Sementara itu nasib 30 orang pegawai dan anggota balai bergantung kepada hasil siasatan yang sedang dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Musa Hassan memberitahu demikian kepada Utusan Malaysia hari ini ketika ditanya perkembangan isu premis mesin judi haram dekat Balai Polis Sea Park.

Musa sebelum ini terpaksa mengarahkan sendiri serbuan ke atas dua premis mesin judi haram di Sea Park, Jumaat lalu setelah pegawai dan anggota balai polis itu dikatakan tidak berbuat apa-apa.

Berikutan kejadian itu, beliau telah meminta Ketua Polis Balai Sea Park membuat penjelasan secara bertulis kepadanya menerangkan mengapa perkara tersebut boleh terjadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Fauzi Shaari, semalam pula memberitahu, beliau bertegas tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggotanya jika terbukti mereka cuai atau tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.

Tambahnya, insiden di Balai Polis Sea Park harus dijadikan iktibar kerana ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam profesion kepolisan.

Ditanya mengenai pegawai dan anggota balai itu, Musa berkata: ``Buat masa ini mereka masih lagi bertugas seperti biasa tetapi kita tidak teragak-agak mengenakan tindakan buang kerja ke atas mereka sekiranya siasatan terperinci dijalankan nanti mendapati mereka terlibat melindungi premis haram tersebut.''

Beliau berkata, pihaknya memberi perhatian serius kepada prestasi kerja serta disiplin pegawai dan anggotanya semasa menjalankan tugas.

Katanya, polis tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perbuatan salah laku yang boleh melunturkan keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan polis, selain menjatuhkan imej pasukan.

``Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang gagal bertindak meskipun mengetahui tentang kegiatan jenayah di kawasan mereka.

``Sebagai langkah permulaan, kita mengambil keputusan menukar Ketua Polis Balai Sea Park dan surat arahan mengenainya sudah dikeluarkan hari ini,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.