saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 14/05/2004

Ratu Sehari - Untuk bakal pengantin

Maya bersama Vimala (tengah) dan Pengurus Kanan Astro ria, Rozina Aziz memotong kek merasmikan pelancaran rancangan Ratu Sehari di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BELUM bersua dengan jejaka idaman hati, tetapi artis Maya Karin sudah pasti apakah yang di ingininya bagi meraikan kedatangan hari perkahwinannya. Pelakon jelita ini memilih konsep ringkas dengan warna bernada alam untuk pakaian pengantin selain tidak berminat untuk mengadakan persandingan di dalam ballroom bagi mengelak suasana bosan.

``Itu adalah idea untuk majlis kahwin saya nanti. Dengan siapa? Itu belum tahu lagi.

``Biarpun belum bertemu dengan lelaki idaman, tapi saya sudah tahu konsep yang akan saya gunakan pada majlis bermakna itu nanti,'' jelas Maya.

Maya terpikat kepada gaya santai itu setelah menelaah idea beberapa pereka fesyen terkemuka tempatan yang ditemu bual untuk rancangan baru, Ratu Sehari.

Pelakon utama filem Pontianak Harum Sundal Malam ini terpilih menjadi pengacara rancangan terbitan Camera Culture Productions Sdn. Bhd., itu.

Rancangan berkenaan memberi ilham dan ilmu tentang persiapan menjelang hari bahagia kepada penonton-penonton dan disiarkan melalui saluran Astro Ria.

``Ini pengalaman baru dan pertama kali saya mengacara rancangan berbahasa Melayu. Saya harap penglibatan saya dalam rancangan ini dapat membantu mem-perbaiki pertuturan bahasa Melayu saya.

``Selain itu, terlibat dalam rancangan ini memberi peluang kepada saya memahami apa yang saya sendiri inginkan menjelang hari bahagia itu nanti,'' kata pelakon dan penyanyi berusia 24 tahun ini lagi.

Sementara itu, menurut penerbit dan pengarah rancangan berkenaan, Vimala Siva Wilkson, idea menerbitkan rancangan berinformasi ini lahir daripada pengalamannya sendiri ketika mahu mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.

``Pengalaman mengajar saya, membuat persiapan untuk majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mudah.

``Nampak senang tetapi apabila tiba masanya tidak tentu arah hendak di tuju.

``Jadi, saya merasakan perlu ada satu rancangan tv yang memberi panduan kepada bakal pengantin untuk mencari jurureka pakaian dan konsep yang terbaik sesuai dengan kemampuan mereka,'' jelasnya.

Rancangan ini kata Vimala memberi fokus utama hanya kepada pengantin perempuan yang bakal bergelar raja sehari.

``Kita memberi penekanan kepada perempuan kerana golongan ini yang lebih sibuk menjelang hari perkahwinan. Biasanya lelaki tidak kisah sangat tentang perkara-perkara seperti ini. Jadi golongan pengantin perempuan perlu diberi bantuan,'' katanya lagi.

Sebanyak lapan daripada 13 episod sudah selesai menjalani sesi penggambaran di sekitar Kuala Lumpur.

Ratu Sehari disiarkan di Astro Ria pukul 9 malam setiap Isnin dan ia telah bermula pada 10 Mei lalu.

Rancangan ulangan dapat ditonton pada pukul 2 petang setiap Ahad dan 10 pagi setiap Isnin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.