saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/05/2004

Nanu - Katalah apa saja


NANU - ``Hati saya terbuka untuk cinta.''


BOTOX? Ah, lemaslah. Aktres cantik, Nanu Baharuddin mengakui dia letih untuk menjawab soalan yang mengaitkan perkara itu dengan penampilannya yang semakin menawan sejak kebelakangan ini.

Bagi sesetengah orang, asal saja kelihatan cantik semuanya dikaitkan dengan botox. Bagaimana dengan Nanu? Adakah cantik kerana botox?

``Nanu bangga sangat kalau orang anggap Nanu jalani botox. Bukan kerana Nanu guna kaedah botox tetapi kaedah Nanu berhasil sama dengan botox, `' luah aktres berusia 35 tahun itu berulang-ulang kali.

Aktres ini sebenarnya selalu mengambil sisi yang positif apabila penampilan dirinya dikaitkan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Malah itu juga membuatkan Nanu tidak tertekan.

Nanu yang pernah merangkul anugerah Bintang Harapan pada Festival Filem Malaysia pada 1992 itu sebenarnya berterima kasih kepada Kayla yang berjaya mengembalikan popularitinya yang pudar setelah sekian lama.

``Ia adalah satu masa yang baik dan semuanya sempurna sekali. Setelah membuat projek dengan Kayla, lakonan terbaru Nanu, Pontianak Harum Sundal Malam pula bakal ke pawagam,'' jelasnya.

Tentu sekali peminat hiburan menyedari tentang populariti Nanu yang suram beberapa tahun kebelakangan ini. Dia bagaimanapun kembali menyerlah setelah muncul di kaca TV dengan imej dan wajah baru sentuhan Kayla Beverly Hills.

Sebagai pelakon, Nanu mengakui bahawa dia tidak pernah menyepikan diri dari dunia lakonan apatah lagi mengambil keputusan untuk berbuat demikian.

Sebaliknya Nanu memberitahu bahawa selama ini dia sering muncul dalam drama dan telefilem di kaca TV.

``Memang Nanu tidak menyendiri atau apa. Cuma kurang publisiti saja hingga penerbit pun rasa-rasanya sudah lupa kepada Nanu kecuali Shuhaimi Baba yang sering mengundang Nanu berlakon dalam dramanya,'' ujar Nanu.

Dalam masa dua tiga tahun kebelakangan ini dia banyak terbabit dengan drama TV dari Pesona Pictures selain daripada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Nanu sebenarnya memanjangkan darah seni keluarganya terutama neneknya pelakon Zaharah Agus dan datuknya M. Suki.

Kenapa?

Jawab Nanu, ``Itu wartawan saja yang boleh jawab. Tetapi ia bukan satu hal yang merisaukan Nanu kerana Nanu sebenarnya lebih suka bercerita tentang projek daripada hal lain.''

Sepanjang Mei ini, kata Nanu, dia banyak terlibat dengan rangkaian promosi Pontianak Harum Sundal Malam di seluruh negara bersama Pesona Pictures di samping pelakon lain seperti Maya Karin, Kavita Sidhu dan Azri Iskandar.

Dalam filem seram Melayu itu, Nanu memegang watak sebagai Laila iaitu teman Meriam lakonan Maya yang juga seorang penari gamelan.

``Watak Nanu memang kecil saja dalam filem Pontianak. Tetapi tidak mengapa kerana kali ini Nanu dapat memegang watak yang berbeza.

``Ramai yang kata watak Laila ada impak juga, itu yang Nanu harapkan walaupun watak kecil tetap ada kesannya,'' tambah ibu kepada dua anak itu.

Ia bukan kali pertama Nanu berlakon di bawah arahan Shuhaimi Baba tetapi kata Nanu, ia tetap pengalaman yang baik untuknya.

Sebelum ini ada dua tiga buah drama bersama Shuhaimi tetapi berlakon filem memang berbeza tetapi yang paling seronok dengan Shuhaimi kerana dia banyak bagi peluang kepada pelakonnya dan banyak mengajar Nanu.

``Ia adalah pengalaman yang baik dan saya berharap akan mendapat lebih banyak peluang dengan Shuhaimi,'' tambah Nanu.

Pontianak Harum Sundal Malam adalah filem keempat Nanu setelah Rimba Malam, Imigran dan Perempuan Melayu Terakhir. Filem Rimba Malam yang melayakkan Nanu merangkul anugerah Bintang Harapan dulu.

Walaupun sudah lebih 13 tahun berkecimpung dengan dunia lakonan dan bersama satu anugerah, Nanu mengakui bahawa dia masih belum puas.

``Rasa-rasanya macam ada sesuatu yang ingin Nanu capai dan banyak lagi yang ingin Nanu belajar,'' katanya.

Menyentuh tentang Kayla Beverly Hills yang banyak merobah nasibnya sejak kebelakangan ini, kata Nanu, dia bertindak sebagai jurucakap dan model setiap produk jenama itu.

``Nanu mewakili produk kosmetik hingga ke program diet Kayla. Kayla pula menjaga imej saja.

``Untuk berapa lama? Ia adalah sulit,'' katanya.

Apabila diminta bercerita tentang persoalan peribadi pula termasuk percintaan, ibu tunggal kepada dua anak iaitu Ikhwan, 17, dan Nur Iman, empat tahun itu memberitahu bahawa dia masih bersendirian.

``Sudah lama Nanu begini dan rasa selesa saja,'' katanya dilontar tanpa selindung.

Malah kadangkala dia tidak berasa sendirian kerana hidup Nanu sentiasa terisi dengan kehadiran anak-anak dan kerjaya.

Tentu sekali sukar untuk menerima hakikat bahawa wanita secantik itu tidak mempunyai teman istimewa, bukan?

``Tidak jumpa yang sesuai atau mungkin juga Nanu sendiri yang tidak memberi peluang untuk itu lagi. Tetapi tidak mengapa, Nanu bukannya tertekan sangat dengan perkara itu,'' jelasnya.

Apa pun, sebagai wanita biasa, Nanu mengakui bahawa hatinya tetap terbuka untuk cinta.

``Pada tahap ini apa yang paling penting bukan lagi hati Nanu sebenarnya tetapi hati anak-anak.

``Bukan saja penting untuk lelaki itu menerima Nanu dan anak-anak Nanu itu tetapi dia juga harus mendapat persetujuan daripada mereka,'' tambahnya.

Dalam erti kata lain, Nanu memberitahu bahawa setiap lelaki yang ingin mendekatinya harus mendapat restu daripada anak-anaknya terlebih dahulu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.