saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/05/2004

Mas Idayu - Tolonglah hormati pendirian saya

([email protected])
Lama tidak mendengar khabar Mas Idayu. Kebelakangan ini dia bagaikan sedikit menyepi daripada sebarang publisiti di media. Apakah yang dirajukkannya ketika ini? Mas Idayu bercerita panjang kenapa dia memilih untuk menyepikan diri buat seketika. Tidak mahu dilabel `gila publisiti' dia memilih untuk berdiam.

Namun sikap semula jadinya yang peramah dan tidak lokek memberikan kerjasama membuatkan Mas Idayu sudi meluahkan sedikit masalah yang berlaku kepada dirinya.

Juga tidak lengkap rasanya perbualan kalau tidak ditujah dengan persoalan tentang `misteri' di sebalik status wanita yang manja dipanggil Ayu ini.

SOALAN: Kenapa publisiti tentang Mas Idayu dilihat sangat kurang sejak akhir-akhir ini?

MAS IDAYU: Saya tidak buat apa-apa promosi, sebab itu tidak ada banyak publisiti. Tak ada album baru, hendak publisiti apa? Jangan salah anggap, ini bukan salah sesiapa. Tidak mahu cakap panjang pasal ini, buat sakit hati saja.

Macam ada tidak puas hati saja? Marahkan siapa ni?

MAS IDAYU: Memang ada kekesalan di hati saya. Saya sebenarnya tertanya-tanya tentang nasib saya di syarikat rakaman sekarang.

Apa sudah jadi antara Mas Idayu dan Synchrosound sebenarnya?

MAS IDAYU: Hendak tahu banyak kena tanya mereka sendiri. Tetapi cukup kalau saya katakan sedikit sebanyak memang ada masalah antara kami. Sampai sekarang saya tertanya-tanya dengan nasib album baru saya. Mengikut perjanjian ketika ini saya sepatutnya sudah ada dua album, tetapi baru ada satu. Memang saya sangat kecewa sebab album baru penting untuk perjalanan karier saya.

Apakah konsep Arab Latin yang dibawa dalam album terbaru diterima peminat?

MAS IDAYU: Konsep diterima. Sangat-sangat diterima peminat. Nampak orang suka bila pergi show. Mereka memang suka dengan penampilan baru saya dalam album 1001 itu. Alangkah baiknya kalau promosi yang dibuat untuk album itu sama macam yang dibuat untuk album-album saya lima tahun lalu. Tentu penjualannya bagus, tetapi album 1001 tidak macam itu. Promosi kurang, pengaruh jadi tidak luas.

Dengan masalah-masalah yang berlaku apakah Ayu menganggap langkah ke syarikat rakaman baru, suatu penyesalan?

MAS IDAYU: Oh tidak sama sekali. Saya tidak fikir ia langkah yang kurang bijak. Dalam hidup ini kita kena berhijrah untuk mencuba. Macam cuba nasiblah. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Tetapi sejujurnya saya sendiri tidak sangka akan jadi macam ini sebab macam-macam dia orang janji masa awal dulu.

Apakah akan ada album terbaru Mas Idayu bersama syarikat berkenaan selepas ini?

MAS IDAYU: Itu satu hal lagi kena tanya mereka. Saya sudah jemu menanti, asyik-asyik tukar tarikh. Balik-balik cari lagu, tidak habis-habis. Tetapi harapan saya agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera sebab saya sangat yakin dengan bakat dan kebolehan saya sebagai artis.

Maaf kalau anda tidak senang dengan soalan ini. Orang di luar sana masih tertanya-tanya status anda sehingga ke hari ini? Apakah status anda sebenarnya?

MAS IDAYU: Maaf juga kepada anda. Saya tidak mahu komen pasal peribadi. Yang tahu, tahulah. Yang tidak tahu, buat -buat tahu sajalah.

Sampai bila anda mahu merahsiakan status anda?

MAS IDAYU: Ini bukan soal rahsia. Kalau anda kata saya suka berahsia, itu salah. Saya sebenarnya mahu jadi orang biasa. Tolonglah, hormati pendirian saya sama seperti mana saya menghormati pendirian orang lain.

Saya beri peluang untuk anda menjelaskan dengan panjang lebar tentang status diri anda yang sebenar dalam akhbar ini.

MAS IDAYU: Tidak ada apa-apa lagi yang saya perlu jelaskan. Segalanya telah jelas. Mas Idayu sebenarnya seorang yang sarat dengan kasih sayang dan cinta. Ada hati yang saya kena jaga. Kalau keluar dari mulut orang lain, biarkanlah. Tetapi tidak dari mulut saya sebab saya kena jaga banyak hati. Biarlah saya dan orang-orang yang saya sayang sahaja tahu tentang rasa kasih dan sayang di hati saya ini. Orang lain tidak perlu tahu.

Ada yang menganggap dengan merahsiakan status diri anda, anda adalah seorang yang hipokrit. Kenapa anda pilih untuk bersikap sedemikian?

MAS IDAYU: Soal itu terpulang kepada yang menilai. Bagi saya, Mas Idayu tidak pernah hipokrit. Saya tidak akan cerita hal peribadi saya kepada orang lain. Memang itu pendekatan saya dari awal lagi, dengan siapa saya bercinta sejak zaman sekolahpun, tidak ada orang yang tahu. Saya macam arwah emak yang sangat suka berahsia tentang hal peribadi.

Sampai bila agaknya anda harus membohongi peminat tentang status anda?

MAS IDAYU: Saya akan pegang prinsip ini sampai saya tua. Kecuali kalau saya sakit, saya akan ceritakan pada orang lain. Sakit pening orang kena tahu, tetapi soal peribadi biarlah masa yang menentukan. Kalau saya sudah tua sekalipun orang tidak kenal lagi siapa Mas Idayu, saya tidak akan cerita tentang soal-soal peribadi ini. Nokhtah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.