saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 28/05/2004

Bumiputera meningkat -- Meritokrasi tidak halang lebih ramai layak ke lima fakulti kritikal

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pelajar bumiputera membentuk kelompok yang ramai dalam lima fakulti kritikal iaitu perubatan, pergigian, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan kimia dan perakaunan dalam pengambilan berdasarkan meritokrasi ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2004/2005.

Seramai 439 pelajar bumiputera atau 56.4 peratus berjaya memasuki bidang perubatan berbanding 340 pelajar bukan bumiputera, pergigian (125 orang atau 58.9 peratus), kejuruteraan elektronik (1,113 orang atau 72.8 peratus), kejuruteraan kimia (489 atau 63.4 peratus) dan perakaunan (845 orang atau 57.5 peratus).

Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Hassan Said yang mengumumkannya berkata, pelajar bumiputera juga telah menunjukkan kecemerlangan dengan seramai 790 daripada mereka dalam aliran sains memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 iaitu mata nilai gred tertinggi.

``Bilangan itu bertambah hampir sekali ganda berbanding hanya seramai 330 pelajar bumiputera memperoleh PNGK 4.0 pada tahun lalu,'' katanya pada sidang akhbar mengenai status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA untuk lepasan STPM, matrikulasi dan yang setaraf bagi sesi akademik 2004/2005, di Jabatan Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kemasukan sesi ini juga buat pertama kali membabitkan pelajar bukan bumiputera yang mengikuti program matrikulasi.

Sistem meritokrasi dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2002 bagi menggantikan sistem kuota yang menetapkan sebanyak 55 peratus pelajar bumiputera dan 45 peratus untuk bukan bumiputera bagi kemasukan di IPTA.

Bagaimanapun, katanya, kemasukan pelajar bumiputera ke dua lagi fakulti kritikal atau bagi Program Pengajian Kompetitif di IPTA iaitu Farmasi dan Undang-undang, masih rendah berbanding dengan pelajar Cina dan India.

Pelajar Melayu yang layak mengikuti kursus Farmasi bagi sesi akan datang ialah 89 orang sahaja (33 peratus) daripada keseluruhan 270 tempat yang ditawarkan. Pelajar keturunan Cina 174 orang (64.4 peratus) manakala pelajar berketurunan India 7 orang (2.6 peratus).

Bagi kursus Undang-undang pula, pelajar bumiputera hanyalah 47 orang (19.6 peratus) berbanding pelajar Cina (145 orang atau 60.4 peratus) dan India (48 orang atau 20 peratus).

Sungguhpun begitu, beliau berkata, pada keseluruhannya, bilangan pelajar bumiputera yang berjaya memasuki IPTA berasaskan meritokrasi terus meningkat apabila 24,873 pelajar mendapat tempat pada tahun ini.

Jumlah pelajar bumiputera itu merupakan 63.8 peratus daripada keseluruhan pengambilan seramai 38,892 orang pada sesi akademik 2004/2005.

Ia menyaksikan pertambahan 1.2 peratus berbanding 23,182 pelajar bumiputera yang berjaya memasuki IPTA pada tahun lalu.

Beliau memberitahu, pelajar keturunan Cina yang berjaya memasuki IPTA pada sesi ini merosot sebanyak 1.9 peratus iaitu seramai 11,778 orang berbanding 11,921 pelajar pada tahun lalu.

``Bagaimanapun kemasukan pelajar India telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus iaitu daripada 1,931 pelajar pada tahun lalu kepada 2,277 orang pada tahun ini,'' katanya.

Berdasarkan sistem meritokrasi, kadar peratusan bagi kemasukan setiap kaum ke IPTA bukanlah sesuatu yang statik sebagaimana sistem kuota, malah ia akan berubah mengikut prestasi pada tahun tersebut.

``Daripada 38,892 pelajar yang berjaya memasuki IPTA kali ini, 23,662 adalah dalam aliran sains manakala 15,230 pula dalam aliran sastera.

``Pelajar bumiputera yang ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam aliran sains ialah seramai 14,497 orang manakala pelajar Cina berjumlah 8,047 dan 1,118 bagi pelajar India,'' jelasnya.

Menurut Hassan, dalam bidang sastera seramai 10,340 pelajar bumiputera ditawarkan untuk sesi 2004/2005 ini berbanding 3,731 pelajar Cina dan 1,159 bagi calon dari keturunan India.

Mengenai jumlah permohonan yang diterima pada tahun ini untuk kemasukan ke IPTA ialah sebanyak 85,966 dengan pecahan 39,724 untuk aliran sains dan 46,242 bagi aliran sastera.

``Pelajar dari kaum bumiputera merupakan jumlah teramai yang memohon untuk memasuki universiti awam iaitu sebanyak 63,603, Cina (16,501 orang) dan India (5,862),'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.