saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/05/2004

Siti menjelajah temui peminat

Kebelakangan ini, jadual penghibur nombor satu tanah air, Siti Nurhaliza nampaknya semakin padat dengan pelbagai aktiviti seni. Manakan tidak, saban minggu ada saja cerita Siti yang terpampang di dada akhbar atau majalah. Siti memang berhak untuk mendapat liputan kerana dia memang popular.

Selepas persembahan Minggu Setiausaha dan pelancaran album terbarunya Prasasti, Siti terbang ke Taiwan, kemudian ke Indonesia dan terbaru mengadakan persembahan sempena Hari Ibu.

Semuanya menuntut kami mengikut secara rapat kerana tiada siapa yang dapat menafikan Siti adalah aset kepada dunia hiburan tanah air.

Terbaru, Siti bakal mengadakan konsert jelajah sulungnya ke seluruh negara yang bakal bermula tidak lama lagi.

Bagi menjayakan konsert tersebut, Siti melalui syarikatnya Siti Nurhaliza Productions telah menjalinkan kerjasama dengan Astro dan Hotlink sebagai penganjur bersama.

``Kalau ikutkan sudah lama Siti impikan konsert jelajah seperti ini.

Setelah mengadakan perbincangan dengan pihak Hotlink dan Astro, alhamdulillah mereka turut berminat dan impian Siti akhirnya tercapai jua,'' katanya pada pelancaran Siti Nurhaliza Fantasia Tour di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Konsert jelajah tersebut bagaimanapun turut menampilkan para pelajar Akademi Fantasia musim lalu.

Walaupun ini adalah konsert jelajah pertama untuk Siti dan ia boleh diukur sebagai suatu pencapaian peribadi, Siti tetap akur dengan keputusan itu.

``Siti tak punya masalah berganding dengan adik-adik dari Akademi Fantasia malah turut mengalu-alukan mereka. Dulu pun Siti pernah terlibat sebagai salah seorang juri Akademi Fantasia.

``Bagi Siti, Siti ada peminat dan mereka juga ada peminat mereka, jadi apalah salahnya jika kami berganding dan memeriahkan konsert ini bersama,'' katanya.

Sebenarnya, mengadakan konsert jelajah bukanlah suatu perkara yang mudah bagi seseorang artis.

Siti sendiri mengakui banyak persediaan dari segi fizikal, mental dan nyanyian yang perlu dimantapkan lagi.

Maklum sahajalah, konsert tersebut bakal berlangsung selama tiga bulan tetapi bagi penyanyi kesayangan ramai itu, apa yang lebih penting dia mampu menghiburkan penonton yang hadir.

Dari segi pemilihan lagu pula, Siti dijangka menyampaikan lagu yang berlainan mengikut kesesuaian tempat yang dilawati.

Siti turut berjanji ingin melakukan yang terbaik untuk konsert terbesar itu nanti.

``Insya-Allah Siti akan mengadakan kelainan termasuk beberapa elemen kejutan khusus untuk para peminat,'' katanya yang akur dengan keputusan kerajaan negeri Kelantan menghalang konsert tersebut diadakan di negeri itu.

``Mungkin mereka belum bersedia menerima kedatangan artis ke sana. Siti terima keputusan itu, siapa tahu di masa-masa akan datang peminat Siti boleh menyaksikan persembahan Siti di sana,'' tambahnya menguntum senyuman.

Sementara itu, menurut Ketua Program Astro, Zainir Aminullah, Astro berasa bertuah kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan dua jenama unggul di Malaysia.

Sambil merujuk Siti sebagai aset penting dalam dunia hiburan, Hotlink pula katanya merupakan gergasi dunia telekomunikasi.

``Penjelajahan ini kelak diharap dapat menjayakan kenali Astro kepada seluruh rakyat jelata,'' katanya ketika ditemui.

Kempen kenali Astro menerusi konsert ini akan bergerak ke 15 buah bandar dan daerah di seluruh tanah air mulai Jun ini.

Antaranya termasuk Kangar, Alor Star, Butterworth, Ipoh, Kuala Selangor, Seremban, Melaka, Muar, Johor Bahru, Temerloh, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching yang akan berakhir pada 24 Julai.

Kemuncak persembahan pula diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Ogos sebagai penutup tirai konsert jelajah ini.

Menurut Zainir, jelajah ini akan diadakan seperti sebuah pesta di mana Astro akan menyediakan tapak promosi di setiap lokasi.

``Kami akan mengadakan aktiviti-aktiviti menarik seperti menayangkan rangkaian Astro, memberi hadiah percuma, mengadakan uji bakat dan membuka peluang untuk bermesra dengan personaliti-personaliti stesen kami,'' katanya sambil mengakui konsert jelajah itu juga merupakan strategi untuk Akademi Fantasia musim baru yang bermula tidak lama lagi.

Bermacam promosi hebat kepada mereka yang ingin melanggan Astro juga akan diadakan pada sebelah siang manakala pada sebelah malam pula penonton akan disajikan dengan konsert percuma Siti Nurhaliza dan bintang-bintang Akademi Fantasia.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan & Ketua Hal Ehwal Korporat, Maxis Communications Berhad, Datuk Amdan Mat Din berkata, kerjasama yang dijalinkan oleh Hotlink sebagai penganjur bersama untuk konsert tersebut tiada kena-mengena dengan pemilihan Siti sebagai duta Hotlink.

``Siti bukan model atau duta kami. Maxis hanya bekerjasama untuk konsert jelajah ini melalui Hotlink,'' katanya sambil mengakui kos Siti Nurhaliza Fantasia Tour menghampiri jumlah RM5 juta.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.