saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 30/05/2004

Kementerian minta laporan

KUALA LUMPUR 29 Mei - Kementerian Pengajian Tinggi akan meminta laporan lengkap daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung pensyarahnya, Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kadir Che Man yang dikatakan pemimpin Barisan Bersatu untuk Kemerdekaan Pattani (Bersatu).

Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Mohd. Yahya Nordin berkata, kementerian akan menghubungi Rektor UIA untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai perkara itu.

Menurut Mohd. Yahya, pada masa ini UIA masih tidak menghubungi kementerian untuk menjelaskan perkara yang membabitkan pemimpin Bersatu itu.

``Lembaga Pengambilan Universiti sepatutnya menyiasat latar belakang seseorang petugas walaupun dia mempunyai kelayakan akademik dan pengalaman yang dikehendaki oleh universiti,'' katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Pemimpin Bersatu itu dilantik sebagai Prof. Madya di Jabatan Politik UIA secara kontrak sejak 2001 dan akan menamatkan kontraknya pada hujung tahun ini.

Sebelum ini, dia pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Brunei Darussalam selain beberapa universiti tempatan di negara ini sejak 14 tahun lalu.

Menurut Mohd. Yahya, pada umumnya pengambilan pensyarah dilakukan oleh pihak universiti sendiri tanpa perlu mendapat persetujuan daripada kementerian.

Walau bagaimanapun, kementerian telah menggariskan beberapa peraturan yang mesti diguna pakai dalam pengambilan petugas terutamanya peraturan tapisan keselamatan.

Tambahnya, kementerian juga tidak akan berkompromi jika ada antara kakitangan kementerian atau badan berkanun di bawahnya menjadi anggota sesuatu kumpulan yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara atau negara luar.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:13
Asar 4:31
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.