saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 31/05/2004

Menyelami sejarah melalui karya asal

Judul : Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api
Pengarang : Ahmad Boestamam
Penerbit : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Tahun : 2004
Tebal : 384 halaman
Pengulas : Saadah Jaffar

Abdullah Sani Raja Kechil dilahirkan pada 30 November 1920 dan meninggal dunia pada 1983. Tokoh ini dilahirkan di Kampung Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak. Beliau pernah mendapat pendidikan di Anderson School Ipoh, Perak. Nama Ahmad Boestamam diilhamkan daripada nama Subhas Chandra Bose, pemimpin Liga Kemerdekaan India. Nama itu, bahkan lebih kuat daripada nama asalnya, atau Ruhi Hayat yang juga muncul dalam karya-karyanya yang awal. Tertarik dengan gaya Chandra Bose, Boestamam kemudiannya menyusun barisan pemuda Malaya di dalam Angkatan Pemuda Insaf (API).

Kekentalan semangat yang ditiup oleh Subhas Chandra Bose turut membakar jiwa Ruhi Hayat sehingga beliau sanggup mengabadikan nama popularnya sebagai Boestamam.

Memoir ini terangkum menerusi kompilasi buku Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang. Boestamam digeruni pentadbiran British kerana tulisannya yang tajam, berkesan dan pidatonya yang berkarisma. Perjuangannya tidak pernah padam, biarpun pelbagai badai derita melanda. Pembentangan sejarah tanah air dan perjuangan Boestamam menentang penjajah sewaktu memperjuangkan kemerdekaan dapat dilihat dengan jelas menerusi Lambaian dari Puncak. Pengalaman dan perjuangan Boestamam memperlihatkan kekuatan peribadinya yang digeruni. Kehidupan silamnya sewaktu bekerja dengan pelbagai syarikat akhbar dan kisahnya menerbitkan akhbar dengan menggunakan wang dari poket sendiri turut diceritakan dengan terperinci.

Keterlibatannya dalam politik pula dapat dilihat dengan jelas menerusi Merintis Jalan ke Puncak. Khalayak dapat menelusuri buah tangan pertama pengarang sewaktu menggali dan membongkar bahan-bahan sejarah tanah air dalam gelanggang perjuangan menentang penjajahan dan memperjuangkan kemerdekaan.

Beliau juga salah seorang perintis utama dalam gelanggang ini semenjak era 30-an dan dirasakan pembaca dapat bertemu dengan sumber asli dari pelaku utamanya sendiri.

Karya beliau lebih tertumpu kepada pergolakan dalam satu kehidupan yang sarat dengan perjuangan, pengorbanan dan penderitaan yang pernah ditanggungnya. Lewat naskhah Tujuh Tahun Malam Memanjang, Boestamam lebih memberikan tumpuan tentang kisah suka duka pengalaman silamnya yang berkali-kali ditahan dan merana dengan kehidupan hitam di sebalik tirai besi. Siang dan malam serasa tiada bezanya.

Tembok besi menjadi rakan setia dan pemisah kehidupannya dengan dunia luar. Beliau mengenang dan terus mengenang nasibnya sepanjang berada di situ. Putaran kehidupannya terus mewarnai bab ini.

Manisnya memoir ini kerana mendapat sentuhan kata pengantar oleh Tan Sri A. Samad Ismail. Beliau juga sahabat karibnya yang sama-sama tajam mata penanya.

Penulisan

Kelahiran buku ini semata-mata bertujuan agar penerbitannya dapat dihayati oleh pembaca lain. Rentetan kehidupan Boestamam yang gemilang dan tragis dapat dikesan menerusi penulisannya. Justeru, dalam keadaan penerbitan yang segar begini diharapkan generasi muda patut menghayati dan menghargai nilai kemerdekaan yang pernah diperjuangkan oleh Boestamam dan rakan-rakannya.

Satu lagi sumbangan besar Boestamam ialah menyusun Testament Politik API. Merdeka dengan darah yang menjadi tema dokumen tersebut begitu sinonim dengan perjuangan hidupnya yang selalu membara. Beliau turut menggariskan dasar perjuangan API untuk merdeka dengan darah di dalam testament politiknya. Pada zaman perjuangannya, testament ini cukup dikenali. Tambahan pula, kelebihan testament ini cuba menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Testament ini siap disusun olehnya pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak. Secara jelasnya, sisipan yang digabungkan di dalam memoir ini menerangkan dengan padat tentang kebangkitan semangat pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Mereka digambarkan sebagai sama-sama berjuang demi kemerdekaan tanah air masing-masing berlandaskan keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.

Selain dari terkenal sebagai seorang tokoh nasionalis yang cukup tersohor dengan kebolehan dan bakat kepengarangannya, beliau juga dikenal sebagai penterjemah, novelis, penyajak dan juga dianggap penulis yang cukup disegani. Idea Boestamam boleh dikesan mengalir di pelbagai wadah penerbitan bagaikan air mengalir kerana kepekaannya dengan keadaan di sekelilingnya. Rata-rata kejayaan hebatnya terkesan setelah berjaya membongkar bahan-bahan sejarah tanah air dalam bentuk perjuangan dan diterapkan menerusi tulisan-tulisannya yang masih boleh dirujuk sehingga kini. Menyedari cabaran dan perjuangan dalam kehidupannya, beliau terus menggilap bakat seninya menerusi dunia penulisan. Kebanyakan isu yang disentuh lebih tertumpu kepada riwayat hidup dan perjuangannya.

Bahan ini sesuai untuk bacaan masyarakat umum terutama mereka yang berminat dalam bidang sejarah dan sains politik. Bagi nasionalis Melayu, buku ini adalah bukti kekentalan jiwa tokoh-tokoh perjuang awal sewaktu menuju era kemerdekaan Tanah Melayu. Justeru, Boestamam adalah tokoh yang membicarakan sendiri liku-liku dan pahit getir perjuangan tersebut menerusi kreativitinya yang tersendiri. Generasi kini harus menghayati dengan baik, babak demi babak bagaimana rentetan kehidupan beliau yang begitu tragis dilambung dek pergolakan dan cabaran menerusi memoir ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.