saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/06/2004

Hentikan perbincangan terbuka kemasukan ke IPTA

KUALA LUMPUR 31 Mei - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mahu perbincangan secara terbuka mengenai kegagalan segelintir pelajar bukan bumiputera memasuki fakulti kritikal di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dihentikan serta-merta.

Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, tindakan sesetengah pihak yang membincangkannya secara terbuka boleh mengelirukan orang ramai.

Perbuatan mereka juga, jelas beliau, disifatkannya amat sensitif kerana mampu menggugat keamanan negara disebabkan timbulnya sentimen perkauman di kalangan rakyat.

``Kerajaan telah menetapkan syarat kemasukan ke IPTA adalah melalui sistem meritokrasi, sepatutnya tidak ditimbulkan lagi.

``Saya minta isu ini dihentikan daripada dibincangkan di khalayak umum,'' katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan sesetengah pihak yang yang menjadikan media massa sebagai landasan untuk meluahkan rasa tidak puas hati berhubung sistem meritokrasi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam turut memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu supaya tidak menjadikan perkara yang sama sebagai isu politik perkauman.

Noh menasihatkan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati mengenai perkara itu supaya membincangkannya melalui saluran yang betul.

''Kita ada ramai pemimpin untuk kita suarakan pandangan dan cadangan.

``Akhbar pula jangan ambil kesempatan menyiarkan berita-berita yang bersifat perkauman, tidak sepatutnya ia berlaku kerana boleh menjadi isu perkauman,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.