saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/06/2004

Selesaikan isu ambil pelajar IPTA

Lidah Pengarang
Untuk tahun ketiga berturut-turut sejak sistem meritokrasi diperkenalkan pada 2002, isu kemasukan pelajar ke dalam kursus pilihan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjadi isu panas.

Secara umum, kita boleh mengesan puncanya. Masalahnya akibat kekurangan tempat. Banyak calon tanpa mengira kaum memenuhi kelayakan tetapi masalah tempat menjadi batu penghalang.

Kita percaya, tahun hadapan pun, masalah yang serupa akan dibangkitkan. Tahun lalu, dibangkitkan soal kemerosotan bilangan pelajar bumiputera memasuki universiti awam walaupun bilangan tempat pengajian telah ditambah. Tahun ini, isunya ialah masalah tempat bagi kursus kritikal untuk pelajar bukan bumiputera pula diketengahkan. Sampai bila kerajaan mahu perkara yang sama berulang-ulang kali dibangkitkan oleh rakyat. Oleh itu, kita percaya kerajaan boleh mencari jalan tengah bagi mengatasi masalah pendidikan tinggi ini.

Kebanyakan pelajar cemerlang kita, tanpa mengira kaum telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi syarat kelayakan akademik untuk mengikuti kursus profesional yang mereka minati, tetapi cukup menghampakan apabila segala jerih perih terhalang kerana masalah tempat.

Para pemimpin kerajaan dari semasa ke semasa pula membangkitkan soal negara kita memerlukan ramai doktor, jurutera, arkitek dan akauntan, tetapi usaha perlu juga dilakukan agar kekurangan tenaga profesional itu diatasi dengan menambahkan bilangannya.

Caranya ialah menambah bilangan tempat di fakulti-fakulti pilihan iaitu perubatan, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan kimia, undang-undang dan perakaunan. Memang kita boleh atasi masalah kekurangan tempat itu dengan menghantar pelajar mengikuti bidang berkenaan di luar negara. Tetapi berapa ramai pelajar yang mampu kita hantar, malah untuk menanggung pembelajaran mereka pun bukan murah.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Tinggi perlu memikirkan mulai sekarang langkah-langkah yang sejajar dengan keperluan masa depan negara. Sudah tiba masanya kita membuat keputusan bagi penyelesaian jangka panjang. Misalnya kita mampu menambah bilangan pelajar kursus kritikal itu dengan menyediakan tempat yang munasabah dengan keperluan negara pada masa ini dan akan datang.

Tenaga pengajar berwibawa juga boleh diatasi dengan menawarkan tempat kepada pensyarah tempatan atau dari universiti luar negara untuk berkhidmat di negara ini. Secara perbandingan belanjanya lebih murah dan mereka dapat mengajar ramai pelajar daripada kita menghantar pelajar ke luar negara.

Dalam pada itu, kita minta semua pihak yang berasa kaum mereka dikecewakan supaya menghentikan mempertikaikan sistem meritokrasi. Dalam sistem meritokrasi, tidak ada jaminan satu kaum mudah untuk memasuki IPTA atau memonopoli kursus-kursus profesional.

Sistem meritokrasi yang menggantikan sistem kuota itu terbukti tidak mendiskriminasi pelajar cemerlang dari mana-mana kaum. Jika ada pihak mempertikaikan sistem pengambilan ini, kita tidak hairan bahawa sistem pilihan lain juga akan turut menerima nasib yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.