saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 01/06/2004

BISIK-BISIK -- AWANG SELAMAT

Awang tidak setuju dengan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Noh Omar yang mahu perbincangan secara terbuka soal kegagalan pelajar bukan bumiputera memasuki fakulti kritikal di IPTA dihentikan serta-merta.

Ia tidak mencerminkan kebijaksanaan. Masyarakat tidak wajar disekat daripada meluahkan perasaan serta memberi pandangan berhubung apa juga perkara yang menyentuh hidup mereka.

Bagaimanapun, masalah itu hendaklah dibincangkan secara rasional, tertib dan tidak sekali-kali dari sudut perkauman.

Tidak timbul soal keamanan negara tergugat. Masyarakat Malaysia sudah matang. Awang yakin mereka tidak akan melakukan apa yang tidak sepatutnya dilakukan.

Apa yang penting ialah mendengar rintihan rakyat dan cadangan yang dikemukakan supaya boleh dicari jalan keluar yang munasabah. Juga penting ialah bagi pemimpin di segenap peringkat membicarakan perkara ini dengan penuh tanggungjawab.

Kadangkala, pemimpin yang emosional kerana hendak menjadi jaguh kaum masing-masing. Jika kepala kita semua sejuk, tiada apa yang perlu dibimbangkan.

-- Awang - Panas bila perlu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.