saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 07/06/2004

Jadikan Sukma medan erat perpaduan

NAJIB Tun Razak menyerahkan bendera kejohanan Sukma kepada Menteri Besar Kedah, Syed Razak Syed Zain sambil diperhatikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan pada majlis penutup Sukma X di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, malam tadi.


SEREMBAN 6 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Sukan Malaysia (Sukma) dijadikan medan mengeratkan perpaduan, menanamkan semangat patriotik selain fungsinya sebagai gelanggang melahirkan bakat baru yang dapat mewakili negara di persada antarabangsa.

Katanya, Sukma perlu menjadi tempat pencetus semangat baru di kalangan belia serta mengumpulkan bakal pemimpin yang suatu hari nanti akan memimpin negara ke arah kejayaan sukan yang cemerlang di peringkat yang lebih tinggi.

``Sukma ini boleh menyemarakkan semangat patriotik, malah lebih penting sebagai tempat mengeratkan perpaduan serta memperkasakan semangat cintakan negara,'' katanya ketika berucap pada majlis penutupan Sukma X Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini, malam ini.

Menurut Najib, untuk mencapai kejayaan itu semua pihak perlu melaksanakan pendekatan yang lebih profesional, aplikasi saintifik serta dedikasi dalam latihan agar setiap bidang yang diceburi itu dapat membuahkan hasil berlipat ganda.

``Kita berharap semua pihak yang terlibat dalam Sukma ini mampu mengasah bakat atlet muda negara ke tahap yang lebih tinggi kerana perlu diingat, melalui sukanlah sesebuah negara itu boleh dinaikkan martabatnya dan melalui sukan jugalah pencapaian atlet ini menjadi kebanggaan Malaysia,'' ujarnya.

Beliau juga menambah, Sukma merupakan satu pertandingan sukan di peringkat nasional yang antara lain bertujuan mencungkil bakat baru dalam sukan di kalangan remaja, yang suatu hari nanti mampu melonjak negara di peringkat dunia.

Tambah Najib, konsep Sukma yang dirancang di mana beliau terlibat dalam pelaksanaan Sukma ke-2 dan ke-3 menjelaskan, ia kini diterima oleh rakyat dan berharap ia terus berjaya lagi pada masa hadapan.

``Kita tidak mahu atlet Malaysia hanya hebat sebagai jaguh kampung, tetapi kurang menyerlah di peringkat dunia.

``Soalnya adakah kejayaan itu akan menjadi realiti? Apakah kita mampu memastikan atlet Malaysia boleh berjaya di peringkat yang lebih tinggi?,'' soal Najib.

Persoalan itu disambut dengan kata-kata `boleh' oleh kira-kira 50,000 penonton yang datang menyaksikan upacara penutupan temasya Sukma X di Paroi, semalam.

Menurutnya, sebagai sebuah negara kecil, atlet negara ini seharusnya tidak mempunyai semangat yang kecil juga.

``Kita harus menjadikan semangat sebuah negara kerdil ini hebat dan besar, yang mana negara kerdil inilah yang boleh berjaya dengan cemerlang, jika diiringi dengan usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh,'' ujarnya.

Beliau turut menasihat atlet Sukma X agar melihat dan mempelajari pengorbanan atlet luar negara yang telah berjaya mencipta nama dan digeruni dalam sukan yang mereka ceburi.

``Saya berharap ahli sukan yang meraih pingat di Sukma ini boleh mencapai kejayaan, asalkan mereka sanggup berjuang.

``Tiada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya,'' jelasnya.

Majlis penutupan itu turut disertai oleh beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri, selain dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.

Temasya Sukma XI 2006 akan berlangsung di Kedah.

Sebanyak 12,000 atlet dan pegawai dari 17 kontinjen menyertai Sukma X Negeri Sembilan ini dengan Selangor muncul sebagai juara untuk kali ke lima berturut-turut dengan meraih 56 pingat emas, 58 perak dan 52 gangsa serta mengumpulkan 684 mata.

Pada temasya ini, perenang Perak, Cindy Ong dinobatkan sebagai Olahragawati Sukma X, manakala perenang Sarawak, Daniel Bego menerima anugerah Olahragawan Sukma.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.