saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 08/06/2004

Sukma X penuh suka duka

DUA perkara yang boleh dipelajari dari Sukma X ini, pertama membabitkan sikap kesabaran manusia dan keduanya kejayaan tuan rumah, Negeri Sembilan menganjurkan temasya ini walaupun di peringkat awal berhadapan kemelut pembinaan infrastruktur yang lembap.

Jelas, jika kejadian pergaduhan membabitkan penyokong, pemain dan pegawai bola sepak semasa perlawanan suku akhir di Padang MPRMA di antara Kelantan menentang Negeri Sembilan tidak berlaku, maka bolehlah dikatakan Negeri Sembilan berjaya menganjurkan dalam suasana `bersih' dan harmoni.

Namun, insiden malang itu pasti akan menjadi kenangan yang terpahat selama-lamanya dalam sejarah temasya Sukma sehingga memaksa penyiasatan dibuat oleh anggota polis, tindakan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta teguran serius dari Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said.

Walaupun kes ini dianggap terpencil berbanding kejayaan-kejayaan lain yang dilakukan oleh tuan rumah, ia sebenarnya memalitkan `calar' pada permukaan yang rata.

Mujurlah, kejayaan buat pertama kali dalam sejarah bola sepak Sukma, Negeri Sembilan meraih pingat emas menewaskan Johor, 1-0 melenyapkan peristiwa hitam itu, sekali gus Menteri Besar, Datuk Mohamad Hassan membuat kenyataan, ``pingat emas dalam bola sepak bagaikan bapa segala pingat, kalau kita menang, ia seperti juara. Kami puas sekali.'''

Berdasarkan kejadian itulah, maka temasya Sukma XI di Kedah pada tahun 2006 perlu mengambil kira aspek keselamatan membabitkan penonton, pegawai dan pemain, khususnya dalam sukan bola sepak agar setiap aksi itu perlu dijalankan di kawasan padang yang bergelar `stadium'.

Tidak boleh tidak, acara yang dimainkan oleh anak muda ini sebenarnya lebih mengundang `darah panas'. Mereka bukannya golongan yang boleh tahan sabar. Pantang ditegur dan disentuh, mereka mengutamakan penumbuk daripada berkompromi. Keadaan inilah yang perlu diberi perhatian oleh mana-mana kontinjen yang menyertai Sukma.

Mereka perlu menyediakan sebuah pasukan yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, tidak mementingkan diri sendiri, tahan cabaran dan sentiasa bersikap terbuka.

Malangnya di temasya ini, ada di kalangan atlet dan pegawai yang gagal mengawal emosi sehingga mencetuskan banyak insiden.

Inilah yang menjadikan temasya Sukma X ini lebih `meriah', sehinggakan mereka mengetepikan konsep perpaduan dan mengeratkan persahabatan sebagaimana yang ditegaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika teguran itu dipandang serius oleh semua kontinjen yang menyertai Sukma XI 2006 nanti, maka kita akan melihat impian Najib akan menjadi realiti.

Selain itu, gelanggang ini juga perlu menjadi pusat pengumpulan atlet muda yang berjaya agar mudah diserapkan ke dalam skuad seniur, sekali gus mewakili negara di persada antarabangsa.

Kepada tuan rumah, Negeri Sembilan, syabas diucapkan kerana berjaya menganjurkan temasya Sukma X dengan berjaya.

Dengan pelbagai masalah dihadapi di awal pelaksanaan Sukma X ini, termasuk kelewatan pembinaan Stadium Tertutup Nilai serta pembaik pulih Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Secara keseluruhan, bolehlah dikatakan Jawatankuasa Penganjur Sukma X ini telah menjalankan tugas mereka dengan baik - dari aspek mengendalikan atlet, pihak media, keselamatan di beberapa gelanggang, perkara berkaitan keputusan, teknikal dan sebagainya.

Kata Mohamad Hassan, ``kalau kita mengadakan kenduri besar, jika pinggan dan mangkuk tidak berlaga dan gelas tidak pecah, ia bukanlah kenduri. Ia pasti berlaku. Berbohonglah saya, kalau saya katakan temasya ini tidak ada masalah. Tetapi kita telah berusaha menyelesaikan masalah itu dengan segera dan di akhirnya, kita melihat Sukma X ini berjaya dilaksanakan dengan cemerlang.''

Dengan kejayaan ini, Negeri Sembilan bolehlah berada sama tinggi dengan negeri yang pernah menjadi penganjur temasya mini Olimpik ini (Sukma) dan memang tidak dinafikan, anda boleh melakukannya dengan cemerlang.

Tahniah dan syabas untuk semua yang terlibat menjayakan Sukma X Negeri Sembilan ini dan kita akan bertemu lagi di Sukma XI Kedah pada tahun 2006.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.