saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/06/2004

Keajaiban faedah kompaun dalam saham amanah

Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan daripada 100 lelaki apabila tiba usia bersara, hanya seorang mempunyai situasi kewangan yang mantap, empat orang tidak menghadapi kerumitan kewangan, lima masih bekerja, 27 meninggal dunia dan 63 orang akan berada dalam kesempitan kewangan.

Sebuah kartun oleh Dave Craven, The Three Legs To Growing Rich mengandaikan kestabilan kewangan seperti bangku yang memerlukan tiga kaki untuk berdiri teguh.

Seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh tapi tidak membuat simpanan akan menghadapi masalah kewangan juga akhirnya. Begitu juga mereka yang membuat simpanan tapi tidak dimanfaatkan simpanannya dan yang gigih mengumpul wang. Manakala mereka yang membuat simpanan serta bijak melabur sahaja akan mendapat kestabilan kewangan apabila tiba hari tua kelak. Tiga faktor tersebut adalah sangat penting dalam perancangan untuk mendapatkan kebebasan daripada belenggu kewangan.

Amanah saham bukanlah perkara baru, ia bermula seawal tahun 1868 di London menerusi Saham Amanah Kerajaan Kolonial dan Asing. Malaysia memperkenalkannya agak awal berbanding jiran-jiran negara Asia lain apabila satu amanah saham diperkenalkan oleh sebuah syarikat pada tahun 1959 iaitu `Malaysian Unit Trust Ltd'.

Kesungguhan kerajaan dalam konteks saham amanah jelas terbukti apabila pada tahun 1979 kerajaan telah memutuskan untuk menggunakan amanah saham sebagai wahana untuk mencapai matlamatnya mengagihkan semula kekayaan negara di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Menerusi skim amanah saham, kerajaan berusaha mencapai matlamat DEB menambah pegangan bumiputera dalam syarikat awam dan berhad kepada 30 peratus jumlah pemilikan ekuiti.

Maka pada tahun 1981 secara besar-besaran Permodalan Nasional Berhad (PNB) melancarkan amanah saham bumiputera yang pertama iaitu Amanah Saham Nasional (ASN).

Walaupun demikian adakah kita sebenarnya faham apakah keajaiban faedah kompaun yang ada pada konsep amanah saham? Adakah ia terletak pada dividen dan bonus di mana setiap kali kita mendapatnya, maka kita mempunyai lebihan wang untuk mengubahsuai rumah, menukar kereta atau pergi melancong.

Atau adakah setiap kali bonus dan dividen diagihkan, kita hanya mendapat sedikit daripada lebihan yang diperoleh setelah pihak bank awal-awal lagi telah menyedut sebahagian daripada keuntungan pelaburan kerana melabur melalui pembiayaan bank?

Kata seorang teman, ``Jika tidak meminjam untuk melabur, sampai tua pun aku tak melabur.'' Mengapa ini terjadi? Mungkinkah keistimewaan yang ada dalam amanah saham tidak begitu jelas kepada umum.

Pelabur yang bijak tidak melabur melalui pembiayaan bank atau mengeluarkan pengagihan yang diterima kerana jika berbuat demikian amanah saham telah lari dari konsep asal dan ia sedaya upaya perlu dielak.

Faedah kompaun ialah satu proses melipatgandakan wang melalui faedah yang ditawarkan. Hasilnya hanya akan dapat dilihat dengan jelas jika kita membuat pelaburan untuk jangka masa panjang dan secara berterusan.

Cuba bayangkan jika seruan kerajaan disahut pada 1981 dan kita beristiqamah melabur RM100 sebulan maka pada tahun 2020 hasilnya ialah kita akan memperoleh kira-kira RM2.4 juta pada ketika itu. Jumlah itu saya congak dari purata kadar faedah amanah saham swasta sebanyak 15 peratus setahun. Bukankah perbezaannya cukup besar jika dibandingkan dengan simpanan sebanyak itu dalam masa 39 tahun hanya RM46,800 dapat dikumpulkan.

Pada hari ini jika kita menggunakan hanya sedikit kebijaksanaan asas yang ada pada diri kita, melalui amanah saham kita akan dapat membuat lebih keuntungan dengan membuat pemindahan dari tabung bon ke tabung ekuiti atau sebaliknya berdasarkan keadaan pasaran.

Kadar kemeruapan yang rendah berbanding saham di bursa saham melalui arahan telefon tanpa komisen yang ditawarkan oleh pengurus-pengurus saham amanah perlu direbut dan dimanfaatkan secara bijaksana.

Masih terlalu ramai yang tidak jelas tentang kaedah pelaburan yang bijak walaupun ramai yang telah sedar tentang langkah bijak membuat pelaburan menerusi saham amanah.

Justeru ejen saham amanah diharap dapat memainkan peranan mereka sebagai satu khidmat kepada masyarakat dengan mendekati juga golongan berpendapatan rendah. Apa yang dapat dilihat kebanyakan ejen hanya memberi tumpuan pada pasaran korporat atau akaun yang besar memandangkan kadar komisen mereka yang sangat rendah iaitu antara dua hingga tiga peratus sahaja dan tiada komisen diperoleh apabila penjualan dan pemindahan dibuat oleh pelabur.

Mungkin kesinambungan dari Minggu Saham Amanah Malaysia yang diadakan setiap tahun, pemimpin-pemimpin masyarakat perlu memainkan peranan dengan membudayakan pelaburan dalam saham amanah sehingga ke pelosok negeri. Ia boleh diadakan dengan menghimpunkan penduduk setempat dan menjemput ejen-ejen saham amanah untuk memberi penerangan yang sewajarnya mengenai cara bijak untuk melabur secara sabar dan berterusan.

- YUSOFF ZAKY OMAR ialah Perunding Pembangunan Sumber Manusia dan Latihan Korporat, Informatics.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.