saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 20/06/2004

September Five imbau nostalgia


KEMUNCULAN September Five di persada seni tanah air sudah tentu menggembirakan generasi era awal 70-an. Empat anggota dalam kumpulan ini, A. Murad Hamid, A. Razak Mahmood, A. Zanne (Zainal Omar) dan Yaakob Abdullah akan muncul semula dengan album terbaru mereka tidak lama lagi.

Kala bertemu baru-baru ini, ternyata mereka masih bersemangat untuk kembali aktif memandangkan selama ini pun mereka masih menyanyi dan menerima undangan.

Menurut A. Razak, memandangkan selera generasi hari ini ada yang sukakan lagu-lagu nostalgia, maka mereka juga berasa terpanggil untuk menghasilkan album sentuhan 70-an dan 80-an.

Berbual dengan bekas juara Bintang RTM yang pertama, tampak jelas mereka masih bersemangat dan darah seni masih membara untuk kembali mempamerkan keharmonian dan paduan vokal.

Sampuk A. Zanne, sebenarnya September Five tidak pernah berpecah justeru tidak timbul soal bercantum kembali.

``Kami masih bersatu, cuma tidak aktif seperti era kami 70-an. Kami sekadar perlahan-lahan berundur tetapi tidak menghilang. Masih menyanyi dan menerima jemputan namun masih memerhatikan industri ini secara serius,'' tambah pula A. Razak.

Yaakob pula kala mengimbas sejarah lalu memberitahu, sebelum bercantum menjadi anggota September Five, dia dan rakannya A. Zanne juga sudah melibatkan diri dalam seni suara dan pernah muncul juara Bintang Radio kawasan pantai timur sementara A. Zanne pula merupakan bekas anggota Les Flingers.

A. Razak dan A. Murad pula merupakan anggota kumpulan The Breeze sebelum bersepakat menubuhkan September Five.

Asalnya memanglah kumpulan ini terdiri daripada lima orang tetapi rakan mereka Amir Yaakub meninggalkan kumpulan itu kerana menjadi pramugara. Amir sempat menyertai pertandingan Bintang RTM setakat suku akhir sahaja.

Album yang diterbitkan oleh Din Othman ini mengandungi lagu-lagu seperti Ketipang Payung, Jangan Pergi Lagi, Selendang Merah, Bila, Mungkin dan Jangan yang pernah dipopularkan pada album sulung mereka sebelum ini.

Lain-lain lagu nostalgia yang dinyanyikan mereka nanti ialah Sekadar di Pinggiran, Rindu Bayangan, Suci Dalam Debu dan beberapa lagu lagi.

Kata Murad, ``Kami akan menyampaikan lagu-lagu ini cara kami, cara September Five.''

Aliran minat pendengar juga kini bukan sahaja terbatas dengan lagu-lagu semasa malah lagu-lagu evergreen mendapat tempat di hati mereka.

Lagu-lagu nyanyian Saleem Iklim, Jay Jay dan Fran mempunyai nilai-nilai sentimental yang mendalam terhadap hati peminat justeru itulah September Five ingin mencari ruang dalam industri ini untuk memberi pilihan kepada pendengar.

Bagusnya stesen-stesen radio juga memberi ruang kepada lagu-lagu nostalgia ini seperti Rima, RMKL dan Sinar Fm. Begitu juga TV1 menerusi programnya Selamat Pagi Malaysia memberi ruang kepada penyanyi irama 60-an mahupun 70-an.

``Pada Sabtu 26 Jun ini, September Five akan muncul dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia. Tengoklah nanti,'' kata komposer dan penerbit album Abas Bakar yang merupakan sahabat dan pengurus September Five.

Kata mereka, hari ini industri hiburan terus berkembang. Lagu-lagu yang dihasilkan juga ada yang menarik dan sedap didengar.

Misalnya lagu Cindai mahupun Bunga-Bunga Cinta terdapat sentuhan yang berkesan, justeru tidak hairan ia diminati.

Apa yang jelas era milenium ini menyaksikan persada hiburan menerima apa juga jenis lagu asalkan ia sedap didengar, berkualiti, menghibur dan menyentuh kalbu.

Andai ada yang ingin mengundang kumpulan September Five ini bolehlah menghubungi Abas di talian 013-3476123.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.