saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 21/06/2004

Festival Filem Malaysia ke- 17 - Lebih banyak filem berkualiti bertanding


ADA sebab kenapa Festival Filem Malaysia Ke-17 Kuala Lumpur 2004 (FFM 17) perlu diraikan oleh semua karyawan filem tempatan. Pertambahan filem cereka yang dicalonkan iaitu sebanyak 21 judul menjadikan FFM 17 mencatat sejarah baru bagi industri filem kita.

Selain filem cereka, 16 telemovie, 16 dokumentari, 10 filem animasi, 34 filem iklan dan 15 filem pendek juga diadili dalam acara penghargaan yang paling berprestij ini.

Pertambahan yang cukup positif terutamanya dalam kategori filem cereka ini membuatkan sukar untuk meramalkan apakah filem yang akan menguasai anugerah-anugerah penting. Ini termasuk Anugerah Filem Terbaik.

Jika tahun lalu hanya dua filem yang mendominasi anugerah iaitu Embun dan KL Menjerit, keadaan sebaliknya berlaku kali ini.

Filem seperti Paloh, Berlari Ke Langit, Pontianak Harum Sundal Malam, Buli dan Trauma nampaknya mempunyai kekuatan untuk memecahkan dominasi antara satu sama lain.

Bagaimanapun kemungkinan untuk filem bertempo humor muncul sebagai yang terbaik juga tidak mustahil kerana daripada 21 judul, lebih lima judul diterbitkan dalam versi berkenaan.

Dan sudah tentu pertambahan jumlah filem yang berkualiti ke FFM kali ini memberi cabaran hebat kepada pihak juri untuk menentukan pemilik trofi Anugerah Perdana dan Anugerah Cipta yang disediakan.

Anugerah Perdana akan berlangsung pada malam 26 Jun dan untuk Anugerah Cipta diadakan sehari sebelumnya.

Kedua-dua acara ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pengerusi jawatankuasa Penyertaan dan Penjurian FFM 17, Pansha Charam berkata pertambahan jumlah filem sehingga melebihi angka 20 judul meletakkan juri dalam tekanan.

``Daripada jumlah ini sebanyak 10 filem berpeluang untuk menjadi filem yang berpotensi untuk menang banyak anugerah.

``Pertambahan filem-filem berkualiti ini menjadikan tugas pihak juri kali ini lebih berat, boleh pecah kepala jadinya'' katanya dalam sidang akhbar di Finas, Ulu Kelang Jumaat lalu.

Sidang akhbar ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Finas, Datuk Shariff Ahmad.

Menyentuh soal penjurian, kata Panshah pada hari ini, (Isnin) juri sekali lagi bersidang bagi menentukan senarai akhir.

``Daripada semua filem yang dicalonkan, sebanyak lima filem akan tersenarai ke peringkat akhir untuk diadili sebagai Filem Terbaik.

``Sementara untuk pemenang setiap kategori kami hanya akan memilih tiga terbaik,'' kata Panshah lagi.

Pemilihan muktamad pemenang untuk filem cereka hanya akan dibuat pada petang 26 Jun iaitu beberapa jam menjelang Malam Anugerah Perdana berlangsung.

Sementara itu, Shariff dalam sidang akhbar berkenaan turut mengumumkan mengenai pemilihan KRU Events Sdn. Bhd sebagai pengurus acara Anugerah Cipta dan Anugerah Perdana.

Penganjur menjanjikan persembahan yang seimbang daripada pelakon dan penyanyi lama dan baru bagi memeriahkan lagi acara berprestij ini.

Setiap persembahan muzikal adalah berkait rapat dengan filem, yang mana hanya lagu-lagu dari filem yang akan dipersembahkan dalam acara itu.

``Selain nyanyian, persembahan di kedua-dua acara merangkumi sketsa di sebalik tabir pembikinan filem cereka dan iklan, serta kesan khas penggunaan pelakon lagak ngeri dan banyak lagi,'' jelas wakil KRU Events, Norhasilah Ismail dalam majlis yang sama.

Selain itu, Malam Anugerah Perdana juga akan mengimbau nostalgia dan kehebatan seorang bintang bertaraf primadona yang pernah mendapat jolokan `Marilyn Monroe Malaysia' iaitu Biduan Negara allahyarham Puan Sri Saloma.

``Segmen ini dijangka akan menjadi segmen yang paling bermakna dalam acara itu nanti,'' kata Norhasilah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.