saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/06/2004

Nur Fazura - Tidak pinggirkan festival filem


Nur Fazura.



PELAKON muda, Nur Fazura tidak akan meminggirkan Festival Filem Malaysia Ke 17 (FFM 17) yang akan berlangsung hujung minggu ini. Sekalipun kecewa kerana filem sulungnya Bicara Hati tidak dipertandingkan, Fazura masih teruja untuk menghadirkan diri ke Malam Anugerah Perdana sempena FFM 17 pada 26 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

``Saya akan hadir. Ia adalah majlis untuk orang filem dan sebagai pelakon baru saya perlu beri sokongan. Ia akan menjadi FFM pertama yang saya hadiri setelah bergelar pelakon.

``Walaupun Bicara Hati gagal dipertandingkan kali ini, tidak bermakna saya memilih jalan untuk menjauhkan diri daripada festival,'' katanya kepada Gaya Hiburan.

Sejujurnya kata Fazura, dia sedikit tersentak apabila mendapat tahu mengenai nasib filem berkenaan ekoran kelewatan penerbit, Datin Rosnani Jamil menghantar pencalonan kepada penganjur.

``Bohonglah saya kalau tidak rasa kecewa dengan masalah ini. Awal-awal bila tahu rayuan pengarah Bicara Hati, Mak Nani ditolak, saya akui ada sedikit kecewa di hati.

``Bagaimanapun sekarang rasa itu sudah hilang dan saya faham mungkin ada hikmahnya kenapa filem itu tidak tercalon tahun ini,'' kata gadis manis berusia 21 tahun ini.

Fazura bagaimanapun menaruh keyakinan yang cukup tinggi kepada Bicara Hati untuk dipertandingkan ke FFM tahun hadapan.

``Kalau dapat masuk FFM tahun depan, ia mungkin akan bergandingan dengan dua lagi filem lakonan saya.

``Selain Qaisy dan Laila, saya juga akan terlibat dalam filem Senario XX yang juga mungkin dipertandingkan ke FFM akan datang.

``Ditambah dengan Bicara Hati, maknanya akan ada tiga filem lakonan saya untuk festival tahun depan,'' katanya mengharap.

Menyentuh tentang filem itu juga, Fazura turut merasai kedukaan yang sedang ditanggung oleh Rosnani ketika ini.

Filem itu sudah ditarik daripada tayangan di pawagam pada 17 Jun lalu kerana kurang mendapat sambutan.

Pengarah berkenaan mendakwa pihak pawagam tidak bersikap adil kepada Bicara Hati yang ditayangkan bersama dengan tiga filem gergasi antarabangsa.

Mengulas mengenai perkara ini kata Fazura, ia adalah sesuatu yang sangat tidak adil.

``Apabila sesebuah filem gagal, orang hanya akan menyalahkan pelakon atau pengarah.

``Tetapi banyak orang tidak tahu faktor-faktor lain yang juga mendorong kepada kegagalan itu.

``Jika benar pihak pawagam tidak bersikap adil kepada filem tempatan, sesuatu perlu dilakukan oleh pihak bertanggungjawab supaya masalah seperti ini tidak berulang,'' katanya.

Setelah terlibat dalam dua filem dan akan datang melalui Senario XX, Fazura dapat membuat kesimpulan bahawa dia sudah semakin jauh berada dalam bidang ini.

Walaupun pada awalnya dia berhasrat untuk menjadi penyanyi, rezeki dalam lakonan sampai dahulu ke tangannya.

``Apapun saya tidak akan melupakan bidang nyanyian macam itu sahaja. Saya akan teruskan juga, tetapi setelah nama saya sebagai pelakon sudah benar-benar mantap.

``Ada tawaran untuk saya merakamkan album, tetapi tunggulah keadaan agak reda dan kesibukan saya sebagai pelakon berkurangan,''katanya lagi.

Tidak seperti bakat lakonan yang tidak diduga, kata Fazura dia mempunyai keyakinan bahawa dirinya mempunyai suara yang baik untuk diketengahkan dalam album.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.