saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/06/2004

AFDLIN, ROSYAM, AMY & ERRA - Harap FFM macam Anugerah Oscar


AFDLIN, ROSYAM, AMY & ERRA.



FESTIVAL Filem Malaysia (FFM) datang lagi. Hujung minggu ini semua karyawan filem sekali lagi akan diraikan pada majlis berprestij yang menjadi acara tahunan ini.

Tahun ini FFM ke-17 mempertandingkan 23 filem cereka yang memperlihatkan peningkatan mendadak dan sejarah baru.

Dewan Merdeka, PWTC sekali lagi bakal dikunjungi nama-nama popular, jelita dan kacak belaka pada malam gemilang, Malam Anugerah Cipta pada Jumaat dan Malam Anugerah Perdana pada Sabtu ini.

Meskipun promosi FFM kelihatan hambar dan suram, tetapi menjadi harapan beberapa pelakon utama yang mewarnai filem-filem tempatan supaya malam yang indah itu tidak terkena tempiasnya.

``FFM perlu menjadi seperti Anugerah Oscar. Tahun ini menyaksikan lebih 20 filem bertanding dan sekali gus memperjelaskan bahawa industri filem kita lebih baik daripada industri rakaman yang hanya melahirkan beberapa buah album di pasaran tahun ini.

``Saya dan karyawan seni lain mengharapkan FFM menjadi anugerah berprestij dan `gah' kalau tidak lebih hebat, ia perlu sama hebat dengan majlis Anugerah Industri Muzik (AIM),'' kata Afdlin Shauki melontarkan harapannya kepada penganjur FFM kali ini, Perbadanan Filem Nasional (FINAS).

Utusan Malaysia sempat meninjau pendapat empat pelakon yang pernah mendapat jolokan paling hebat pada majlis pengiktirafan berprestij itu.

Keempat-empat mereka pernah menyandang gelaran Pelakon Terbaik di FFM sebelum ini.

Amy Mastura menyandang anugerah Pelakon Wanita Terbaik FFM tahun 1999 melalui filem Puteri Impian manakala Erra tahun 2001 menerusi filem Soal Hati. Erra berkongsi gembira dengan Afdlin yang mendapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem yang sama pada tahun itu.

Rosyam? Semua orang masih ingat tahun lalu dia menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem KL Menjerit selain pernah menyandang anugerah Pelakon Pembantu Terbaik melalui filem Lenjan pada Festival Filem Asia Pasifik di Bangkok tahun 1999.

Ikuti temu bual dengan mereka tentang harapan terhadap FFM kali ini dan peluang kemenangan untuk mereka.

Erra Fazira

``Saya tercalon dalam tiga filem pada tahun ini iaitu Janji Diana, Mr. Cinderella dan Cinta Kolestrol.

``Kalau kita ikuti perkembangan FFM, saya rasa tahun ini persaingan lebih sengit berbanding tahun-tahun lalu.

``Banyak sangat filem bagus dan banyak nama-nama yang berpeluang menang.

``Untuk saya menang, mungkin tiada harapan kerana lakonan orang lain saya tengok banyak yang hebat-hebat belaka terutamanya Nasha Aziz, Maya Karin dan Janet Khoo.

``Mereka lebih beruntung dan berpeluang kerana mereka muncul dalam filem yang dikatakan bersandarkan kepada nilai karya yang artistik,'' katanya.

Rosyam Noor

``Adat bertanding, semua orang ada harapan untuk menang kerana kita sudah buat yang terbaik. Tinggal lagi kuasa di tangan juri untuk menobatkan sesiapa sahaja pada malam itu nanti.

``Saingan terdekat saya kali ini sudah tentu Afdlin Shauki dan Azri Iskandar. Tetapi jangan dilupakan bakat Namron, hero filem Paloh.

``Kalau tahun lalu saingan saya hanya beberapa nama, kali ini lebih sengit.

``Kemenangan sebelum ini tidak akan membantu apa-apa kerana penilaian bersandarkan kepada watak dalam filem yang berbeza. Sesiapa saja layak menang malam Sabtu ini.''

Amy Mastura

``Ada yang kata saya boleh menang sebab bawa dua watak dalam satu filem. Tetapi saya tidak anggap peluang saya untuk menang adalah besar. Saya tidak mengharap apa-apa daripada FFM kali ini. Kalau banyak mengharap, bimbang kecewa pula.

``Seperti orang lain juga, saya tidak pernah harap anugerah bila berlakon. Bagaimanapun apabila anugerah Pelakon Wanita Terbaik berada dalam genggaman saya pada tahun 1999, saya rasa jiwa semakin dekat dengan bidang lakonan.

``Saya juga perlu lebih bertanggungjawab terhadap karier baru ini setelah orang memberi pengiktirafan kepada lakonan saya ketika itu.''

Afdlin Shauki

``FFM kali ini saya lebih teruja tercalon bukan sahaja dalam kategori pelakon tetapi juga kategori pengarah. Buli, filem pertama arahan saya turut tesenarai dalam pencalonan kali ini.

``Tahun ini filem komedi juga mendominasi FFM. Oleh kerana semakin banyak filem komedi, saya cadangkan pada tahun-tahun akan datang dibuat anugerah khas untuk Filem Komedi Terbaik.

``Bagaimanapun saya harap semua pihak lebih peka dengan kehadiran FFM kerana saya menganggap ia adalah anugerah yang sepatutnya dijayakan dengan lebih berprestij.

``Ini adalah majlis menghargai karyawan filem dan kita kena bangga dengan majlis ini dan sama-sama memberi sokongan padu dengan cara sama-sama memeriahkannya sama ada bertanding ataupun tidak.''

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.