saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/06/2004

Rina Azahar juara Bintang RTM 2004

KUALA LUMPUR 26 Jun - Peserta yang berasal dari Negeri Sembilan, Rina Azahar, 21 meraih gelaran Juara Bintang RTM 2004 pada pertandingan `malam seribu bintang' di Auditorium Perdana Angkasapuri di sini malam ini.

Rina yang menyampaikan lagu Di antara Kita dan Kali Pertama pada pertandingan itu membawa pulang hadiah berjumlah RM24,000 termasuk wang tunai RM14,000 dan set barang kemas bernilai RM10,000.

Tempat kedua pula, disandang oleh Fazilawati Jamal yang menyampaikan lagu Tidakkah Kau Tahu dan Unsoexcited.

Fazilawati, yang merupakan seorang penyanyi sambilan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM9,000 serta set barang kemas bernilai RM6,000.

Dalam pada itu, Bintang RTM 2004 turut menobatkan peserta berdarah kacukan Melayu-Pakistan, Shahizal Arshad sebagai pemenang tempat ketiga pertandingan anjuran stesen televisyen tertua negara ini.

Shahizal, seorang artis berjaya yang berasal dari Selangor, memenangi hadiah wang RM6,000 serta set barang kemas bernilai RM4,000.

Buat kali pertama, RTM turut memperkenalkan kategori Bintang Paling Popular pada pertandingan tersebut yang dimenangi oleh peserta yang berasal dari Sabah, Marcellus Gatisi. Kemenangan tersebut sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang RM3,000 serta peralatan set teater rumah.

Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.

Pertandingan Bintang RTM 2004 itu turut ditayangkan secara langsung menerusi saluran TV2 RTM.

Ia juga merupakan julung kalinya dalam sejarah 30 tahun pelaksanaan pertandingan tersebut di mana orang ramai yang menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen dibenarkan untuk mengundi bagi memilih pemenang dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (SMS).

Bintang RTM 2004 merupakan pertandingan mencungkil bakat paling berprestij yang pernah dianjurkan oleh stesen televisyen tertua di negara ini.

Semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1973, Bintang RTM telah melahirkan ramai penyanyi terbaik negara antaranya, Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Jamal Abdillah, Ramlah Ram dan Rohana Jalil.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.