saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/06/2004

AE2004 - Perkenalkan tiga kategori baru


SALAH satu acara hiburan tahunan yang dinantikan oleh peminat-peminat muzik tanah air ialah Anugerah Era yang dianjurkan oleh stesen radio ERA. Anugerah Era 2004 (AE 2004) yang memasuki tahun keempat itu akan diadakan pada 25 September ini, pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Buat pertama kali juga AE2004 yang diadakan sebagai satu pengiktirafan, penghormatan dan ucapan terima kasih kepada penggiat seni muzik tempatan akan memperkenalkan kategori Lagu Global Pilihan.

Menurut Pengurus Besar ERA Fm, Kudsia Kahar, kategori tersebut diperkenalkan bagi menggantikan kategori Lagu Etnik Pilihan.

Jelasnya, hasil daripada penelitian, pihak Era mendapati lagu-lagu berentak etnik dan global mempunyai melodi yang hampir sama.

``Sekarang ini banyak sangat lagu-lagu yang memuatkan irama Arab, Jawa, Brazil dan tradisional. Kalau kita dengar kebanyakannya menjurus pada konsep irama yang sama.

``Apa yang penting lagu-lagu dalam kategori ini 65 peratus mesti berbahasa Melayu, tidak kiralah lagu tersebut didendangkan dalam beberapa bahasa,'' jelas Kudsia tentang kategori yang baru diperkenalkan itu sewaktu sidang akhbar yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Lagu Global Pilihan, AE2004 turut memperkenalkan kategori Anugerah Seni Era. Kategori tersebut diadakan bagi menggantikan kategori-kategori Anugerah Emas dan Anugerah Panggung Era.

Menurut Kudsia, kategori Anugerah Seni Era bertujuan untuk menyampaikan penghargaan kepada insan seni tanah air dalam pelbagai bidang.

``Untuk kategori khas ini pemenang tidak semestinya daripada kalangan pelakon atau penyanyi. Pemenang mungkin boleh dipilih daripada kalangan pelawak,'' katanya.

Penambahan lain yang dilakukan untuk AE2004 ialah kategori Pilihan Kaki Wayang Era.

Kategori ini dibuka untuk filem-filem tempatan sahaja kerana setiap tahun jumlah filem tempatan yang diterbitkan semakin meningkat. Malah kategori itu diadakan sebagai usaha menyokong industri perfileman tempatan.

Anugerah khas yang lain ialah Anugerah Carta Era yang diberikan kepada lagu paling lama bergelar juara dalam carta ERA.

Lain-lain kategori yang dipertandingkan ialah Artis Harapan Pilihan, Vokal Wanita dan Lelaki Pilihan, Lagu Rock Pilihan, Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan, Band Pilihan, Artis Inggeris Tempatan Pilihan, Lagu Nasyid dan Pop Pilihan dan Muzik Video Pilihan.

Semua pencalonan bagi AE2004 adalah untuk lagu-lagu yang keudara mulai 1 Jun 2003 hingga 31 Mei 2004.

Peminat-peminat boleh mengundi menerusi borang yang diedarkan oleh Skuad ERA dan laman web www.era.fm.

Pada tahun ini AE2004 memilih tema Urban Batik kerana sebagai sebuah stesen radio yang menyiarkan lagu-lagu kontemporari, Era masih lagi menghargai lagu-lagu lama.

``Tema Urban Batik melambangkan penggabungan dunia hiburan yang moden dengan seni warisan tradisional bagi mewujudkan tema yang bersesuaian dengan acara anugerah yang bersemangat Malaysia,'' kata Kudsia.

Acara yang dinanti ramai itu akan dibuka secara percuma untuk peminat-peminat seni tanah air. Bagi yang ingin turut serta anda perlu melayari laman web www.ERA.FM dengan menjawab beberapa soalan mudah.

Cara lain ialah dengan mendaftar nama melalui SMS ERA dan menang. Pendaftaran hanya akan dibuka mulai 10 Julai hingga 22 Ogos ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.