saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 01/07/2004

Pelatih pernah lapor dirogol ke pihak atasan

KUALA TERENGGANU 30 Jun - Seorang jurulatih pembinaan karektor, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pelatih yang mendakwa dirogol pernah melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan tetapi tiada tindakan diambil.

Halimaton Sa`diah Abdul Jalil, 27, berkata, perkara tersebut diberitahu oleh mangsa semasa beliau bersama pelatih wanita itu sedang menunggu kenderaan urusetia untuk pergi ke hospital selepas dia hampir pengsan ketika menjalani latihan sketsa di dalam kelasnya.

Beliau yang juga Pembantu Latihan Takaful Malaysia berkata, mangsa menceritakan kepadanya pada hari kelima kelas pembangunan karektor dijalankan iaitu pada hari Jumaat (9 April) dan mangsa kelihatan tidak sihat.

Katanya, semasa menunggu kenderaan, beliau sempat berbual dengan mangsa bertanyakan masalah yang sedang dihadapi oleh mangsa ekoran dia sering kali kelihatan pucat, murung dan nampak tertekan apabila berada di dalam kelas.

``Dia menangis ketika itu. Kami kemudian duduk di tangga sambil menunggu kereta datang. Saya tanya lagi sama ada dia sakit atau ada masalah dan selepas itu saya tidak sangka dia memberi jawapan yang dia ada masalah besar dengan mengatakan dia telah diogol.

``Saya tanya di mana ia berlaku dia kata di kem. Apabila saya tanya siapa yang lakukan, dia kata jurulatih. Saya tanya kenapa dia tidak beritahu perkara itu awal-awal lagi.

``Dia kata dia sudah beritahu tetapi tiada tindakan. Apabila melihat mangsa tertekan saya berhenti bertanya dan kemudian saya tenangkan dia dan berjanji akan berjumpanya di bilik penginapannya di Kolej Pendeta Zaaba, Universiti Putra Malaysia (UPM),'' katanya.

Beliau yang merupakan saksi ketiga pendakwa memberitahu demikian semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Othman Abdullah dalam perbicaraan kes seorang jurulatih PLKN yang didakwa merogol seorang pelatih program itu di Setiu, empat bulan lalu.

Tertuduh, Zuki Mohd didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa yang kini berusia 18 tahun antara pukul 7.28 malam hingga 9.10 malam, 28 Februari lalu dalam kereta di sebuah kawasan pertanian Ru Tapai, Setiu.

Anggota tentera berusia 29 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Mohd. Yusop Majid.

Halimaton Sa`diah berkata, selepas berjaya ditenangkan mangsa kemudian telah dibawa ke klinik manakala beliau masuk semula ke dalam kelas untuk melihat pelatih lain menjalani latihan sketsa.

``Ketika di kelas saya terus mencari buku kecemerlangan diri kepunyaan mangsa yang digunakan di dalam aktiviti pembinaan karektor. Saya ambilnya daripada sebuah kotak. Saya melihat muka surat 24 hingga 29 yang ada kaitan dengan sikap dan perasaan seseorang peserta melalui aktiviti tuduh menuduh.

``Apabila saya melihat buku mangsa, saya dapati apa yang diceritakan pada saya ada kaitannya dengan apa yang ditulis di dalam buku tersebut termasuk dengan merujuk muka surat 26 mangsa menulis `setelah disoal selidik pihak atasan, memang dia (jurulatih) bersalah,'' katanya.

Menurutnya, hasil daripada cerita yang telah diberitahu oleh mangsa dan catatan yang telah dibuatnya beliau membuat kesimpulan perkara itu tidak boleh dibiarkan dan perlu diambil tindakan segera.

``Selepas membaca, buku itu saya bawa ke pihak urusetia PLKN, Cik Norlaila. Saya beritahu sedikit yang pelatih ini telah dirogol. Tujuan saya bawa perkara ini ke pengetahuan urusetia supaya kes tersebut dirujukkan kepada kaunselor,'' ujarnya.

Beliau berkata, sepanjang mangsa berada di dalam kumpulan seliaannya dia sering kelihatan murung dan pernah pada hari ketiga (7 April) aktiviti dijalankan pelatih wanita itu mengalami muntah-muntah.

``Saya tidak tahu yang mangsa telah melalui pengalaman sedemikian rupa tetapi sepanjang kelas pembinaan karektor didapati mangsa seringkali kelihatan dalam keadaan murung dan termenung terutama ketika aktiviti catatan buku kerja,'' tambahnya.

Sementara itu ketika menjawab soal balas daripada peguam Yusop sama ada beliau beranggapan perkara itu benar Halimaton Sa'diah berkata, pada masa itu beliau rasa 50:50.

Dalam perkembangan yang sama saksi keempat pendakwa, Norasina Mohd. Nasir, 18, berkata, pada satu malam dia bersama beberapa orang rakannya telah berjumpa dengan mangsa di padang kawat dalam keadaan menangis.

``Apabila salah seorang kami bertanyakan kepadanya dia menjawab yang dia telah dirogol oleh Cikgu Zek (Zuki) dan turut menunjukkan kesan `love bite pada lengan kanannya kepada saya,'' ujarnya.

Perbicaraan bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.